UMNO CEMAR KESUCIAN MASJID? – Edar Video Lucah Di Masjid-masjid Pulau Pinang !

SEBERANG PERAI 15 Nov: Umat Islam di Seberang Perai, Pulau Pinang berang dengan tindakan pihak tertentu yang mengedarkan salinan VCD lucah berunsur fitnah yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, di beberapa buah masjid.

Pengerusi masjid Guar Perahu, Abu Bakar Dakilani Abu Hassan berkata, kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya di lapan masjid di kawasan itu.

Beliau berkata, ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ Teruskan membaca

Nazifuddin Beli Saham RM1.7 Juta – SPRM Harus Siasat Dari Mana Anak Najib Peroleh Duit !

KUALA LUMPUR 15 Nov: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan dari mana anak perdana menteri memperoleh wang sebanyak RM1.69 juta untuk membeli saham sebuah syarikat pembalakan.

Menurut Shamsul, anak lelaki kepada Datuk Seri Najib Razak itu bukan ahli perniagaan terkemuka, malah kemampuannya memiliki jutaan ringgit juga dipersoalkan dalam usia yang masih terlalu muda.

“Tentunya penglibatan anak Najib menimbulkan persoalan dan tandatanya. Mana mungkin seorang anak PM dalam usia yang masih muda mampu membeli saham jutaan ringgit kalau tidak kerana elemen penyalahgunaan kuasa Najib sebagai PM, dan juga elemen proksi serta kronisme yang diamalkan,” kata Shamsul.

Minggu lalu, Keadilan Daily melaporkan Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit dan memiliki Teruskan membaca