Datuk Shafie Apdal Beri Kontrek Kepada Kroni Dengan Harga 15 Kali Ganda Dari Harga Sepatutnya !

Berdasarkan laporan FreeMalaysiaToday,  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dibawah Datuk Seri Shafie Apdal, telah memberikan  kontrek-kontrek  dengan harga yang berlipat kali ganda dari harga yang sepatutnya.

Perkara ini ditimbulkan oleh MP Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu yang  memiliki dokumen-dokumen bagi membuktikan dakwaan beliau.

Projek-projek ini melibatkan bekalan air serta tenaga di kawasan pendalaman negeri Sabah.  Dari 209 projek yang sudah diluluskan namun hanya 129 projek sahaja yang diumumkan setakat ini.

Sejumlah 49 projek dari projek-projek ini berharga  RM1,276.60 juta dimana harga ini dikatakan adalah  terlampau tinggi.

Banyak projek diberikan kepada penender yang menawarkan harga yang paling tinggi dan bukan kepada yang paling rendah ataupun kepada penawaran harga yang munasabah!

Misalnya, sebuah projek bagi bekalan tenaga letrik, projek diluluskan  kepada penender yang menawarkan harga yang paling tinggi iaitu RM41,736,809 juta berbanding dengan tawaran harga yang paling rendah bagi projek yang sama iaitu RM7,775,000 juta.

Perbezaan harga adalah RM33,961,809 juta.  Ini bermakna kroni umno untung atas angin sebanyak RM33 juta dan duit ini adalah duit rakyat!

Apakah Safie Apdal telah ‘bikin’ duit melalui projek-projek ini yang ditawarkan kepada kroni-kroni beliau dan kroni pemimpin Umno yang lain.  Projek-projek  ini tidak diluluskan melalui proses yang betul dan tender terbuka serta ada projek yang diberikan terus tanpa sebarang rundingan!

Datuk Shafie Apdal pernah dikaitkan skandal dengan seorang artis wanita dimana beliau dikatakan menghadiahkan artis berkenaan sebuah rumah baru bernilai RM10 juta dan sebuah kereta mewah untuk kegunaannya ketika bercuti di London.  Memang kaya sungguh menteri-menteri umno ini!

saronglama

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s