Datuk Shafie Apdal Beri Kontrek Kepada Kroni Dengan Harga 15 Kali Ganda Dari Harga Sepatutnya !

Berdasarkan laporan FreeMalaysiaToday,  Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dibawah Datuk Seri Shafie Apdal, telah memberikan  kontrek-kontrek  dengan harga yang berlipat kali ganda dari harga yang sepatutnya.

Perkara ini ditimbulkan oleh MP Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu yang  memiliki dokumen-dokumen bagi membuktikan dakwaan beliau.

Projek-projek ini melibatkan bekalan air serta tenaga di kawasan pendalaman negeri Sabah.  Dari 209 projek yang sudah diluluskan namun hanya 129 projek sahaja yang diumumkan setakat ini.

Sejumlah 49 projek dari projek-projek ini berharga  RM1,276.60 juta dimana harga ini dikatakan adalah  terlampau tinggi.

Banyak projek diberikan kepada penender yang menawarkan harga yang paling tinggi dan bukan kepada yang paling rendah ataupun kepada penawaran harga yang munasabah! Teruskan membaca