UMNO/BN ‘Hilangkan’ Dana Bajet Luar Jangka RM1.4 Bilion Dari RM1.5 Bilion Yang Diperuntukkan !

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kehilangan dana Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion daripada RM1.5 bilion yang diperuntukkan masih penuh dengan tanda tanya kerana belum terjawab oleh Kerajaan BN.

Sebaliknya Laporan Ketua Audit Negara berhubung perkara itu cuba disembunyikan oleh pihak Kerajaan BN sehingga dibangkitkan oleh pihak pembangkang pada persidangan Parlimen semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehilangan wang tersebut berjaya dikesan apabila Laporan Audit Negara 2010 berbeza dengan belanjawan yang dibentangkan.

Menurut beliau, ketika menjawab pertanyaan pembangkang semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin menjelaskan, wang itu tidak lesap tetapi jumlah sebenar bagi tahun 2010 telah pun diisi semula melalui Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2011.

Katanya, jawapan tersebut bukanlah jawapan sebenar kerana laporan audit negara mestilah sama dengan belanjawan yang dibentangkan.

“Perkara ini dibangkitkan oleh Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) dan kemudian dilanjutkan oleh saya pada persidangan Dewan Rakyat semalam dengan menggunakan peraturan 68A.

“Kumpulan Wang Luar Jangka dan Laporan Audit Negara hendaklah dibentangkan dan tidak boleh dibahaskan, tetapi yang boleh dibahaskan adalah belanjawan yang dibentangkan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, ketika menjawab pertanyaan itu, Awang Adek mengatakan perkara itu telah dibentangkan dan dibahaskan pada persidangan Parlimen tahun lalu.

Lebih jauh dari itu, Awang Adek turut menuduh pihak pembangkang sengaja hendak memutarbelitkan fakta-fakta untuk mengelirukan rakyat.

Katanya, jawapan timbalan menteri kewangan itu ternyata bercanggah dengan peraturan Parlimen, di samping bercanggah dengan prinsipnya yang sepatutnya dilihat kepada semua laporan berkenaan.

“Jawapan timbalan menteri kewangan itu bercanggah dengan peraturan 68A. Sepatutnya beliau menjawab ada kesilapan yang berlaku, bukannya telah dibahas di Parlimen,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, perbezaan laporan audit negara dan belanjawan itu merupakan kejadian pertama dalam sejarah kewangan negara dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Jawapan timbalan menteri kewangan itu tidak menggambarkan kejadian yang sebenar, sebaliknya cuba menyorok Laporan Ketua Audit Negara.

“Kami sedang menunggu jawapan sebenarnya. Diharap Perdana Menteri dapat menjelaskannya nanti kerana ini soal perlembagaan bagi memudahkan perlaksanaan,” ujar beliau.

harakahdaily

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s