Anak Najib, Nazifuddin Beli Saham Bernilai RM1.69 Juta Dalam Syarikat Pembalakan !

KUALA LUMPUR 9 Nov: Anak lelaki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli saham berjumlah RM1.69 juta dalam sebuah syarikat pembalakan, Harvest Court Industries Bhd.

Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit, sekaligus menyaksikan harga saham dalam syarikat berkenaan turut melonjak paling tinggi dalam masa sembilan tahun.

Nazifuddin adalah seorang daripada tiga anak Najib hasil perkahwinan pertama beliau dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Ini merupakan kali pertama beliau membeli saham Harvest Court dan beliau kini memiliki 1.19 peratus saham dalam syarikat itu, lapor Malaysian Chronicle.

Turut sama meningkatkan milikan sahamnya dalam syarikat itu ialah Raymond Chan Boon Siew, 39 yang menguasai Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd. Teruskan membaca

Advertisements