PAPAGOMO (Blog Lucah UMNO) Mengaku Blog-blog Pencacai Umno Memang Diupah UMNO !

Akhirnya,  Blogger Pencacai Umno, Papagomo mengakui bahawa mereka memang diupah oleh Umno untuk terus memburukkan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim!  

Melalui suatu entri dalam blog Papagomo, beliau mengamok kerana ada puak-puak dalam Umno yang dikatakan makan duit dengan ‘menjual’ nama blog-blog pencacai umno.

Kesian juga kat Papagomo dan blog-blog umno yang sewaktu dengannya kerana dikatakan tidak menerima bayaran sepenuhnya dari Umno kerana sebahagian daripada upah mereka dimakan oleh orang tertentu Teruskan membaca

Shahrizat Bersama Keluarga Gunakan RM800,000 Ribu Wang Rakyat Pergi Melancong !

KUALA LUMPUR 8 Nov: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya untung lebih RM600 ribu menggunakan wang rakyat yang disalur  menerusi National Feedlot Corporation (NFC).

Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan.

Namun, keuntungan RM666 ribu itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.

“Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan Teruskan membaca