Datuk Seri Jamil Khir Baharom Guna Wang Zakat Cetak Buku Memburukkan PAS !

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.

Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘ Bukti Pas bukan parti Islam’

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.

Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau difahamkan, kandungan buku itu turut diulas dengan memburukkan Pas.

“Kita tiada masalah jika diserang, tetapi isunya ialah, mengapa serang Pas guna wang zakat?.

“Miskin sangatkah Umno sampai wang zakat pun diseleweng untuk tujuan politik umno,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ni.

Petikan surat itu berbunyi ‘sukacita dimaklumkan bahawa YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di JPM telah bersetuju untuk membeli buku itu sebanyak 250 unit,’

‘Mohon kerjasama tuan untuk membuat pembayaran ke syarikat itu,’ kenyataan  surat  itu dipetik dan ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Jamil Khir, Leftenan Kolonel Ab Jabar Mohamad Aris.

Beliau difahamkan, kursus yang sudah tiga kali diadakan itu turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri.

Manakala ucapan penutup disampaikan oleh bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

“Kursus itu kata peserta tidak lebih kepada brainwash untuk mereka dan mebmuruk-burukkan Pas atas nama program Jakim,” kata Mahfuz yang turut mengedar salinan surat itu kepada media.

Jamil sebelum ini didakwa menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s