Umno ‘MERATAH’ KWSP – KWSP Beri Pinjaman RM55.10 Billion Tanpa Jaminan ! – Laporan Audit

KUALA LUMPUR 28 Okt- Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa pinjaman yang diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada syarikat tertentu dengan status ‘meragukan’.

Ketuanya, Tan Sri Datuk Ambrin Buang berkata, sehingga 31 Disember 2010, 13 pinjaman tanpa jaminan berjumlah RM55.10 bilion diluluskan KWSP.

Menurutnya, RM7.30 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM 21.30 bilion kepada satu peminjam yang mana mereka dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad.

KWSP turut meluluskan 15 pinjaman yang memerlukan jaminan kerajaan berjumlah RM35.69 bilion dan dua pinjaman kepada syarikat bukan subsidiari RM6.24 bilion.

“KWSP memaklumkan, pinjaman kepada dua syarikat itu perlu kerana ia milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan syarikat subsidiari di mana majorit pemegang saham dari agensi kerajaan sebanyak 66 peratus.

“Begitu pun, Manual Operasi untuk lima jabatan yang terlibat dengan pengurusan pinjaman masih dikaji semula dan ada yang dikemas kini sebelum diluluskan pada 31 Disember 2012 akan datang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata, pinjaman untuk Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan berjumlah RM 4 bilion diluluskan Panel Pelaburan pada 3 Julai 2007 dilakukan tanpa dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pelaburan dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku.

Malah katanya, ‘agak menghairankan’ apabila KWSP yang tidak mempunyai pegawai perundangan yang mahir dalam pinjaman Islamik telah meluluskan pinjaman itu.

“Mereka memaklumkan kepada Audit, peguam luar diupah dan mereka turut menyediakan draf. Manakala pegawai undang-undangnya membuat semakan.

“KWSP memaklumkan draf pinjaman Islamik itu telah mendapat kelulusan dari Penasihat Syariah,” katanya.

keadilandaily

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s