Kerajaan UMNO Terengganu Beli Peralatan Sekolah Bernilai RM26 Dengan Harga RM73 – Laporan Audit

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak membuat perjanjiandengan syarikat pembekal pakaian dan alatan sekolah untuk tahun 2008 hingga 2010.

Menurut lapuran itu, RM28.47 juta telah dibelanjakan untuk 282,966 pelajar di seluruh Terengganu.

Selain itu, proses rundingan harga kontrak tidak memenuhi garis panduan; kajian pasaran tidak dijalankan; bon pelaksanaan tidak dikeluarkan; pemeriksaan barangan yang diterima tidak dibuat; kelewatan agihan; bantuan tidak diagih ke semua daerah dan keluarga tidak layak turut menerima bantuan.

Kerajaan negeri telah membuat tawaran kepada dua buah syarikat pembekal secara runding terus atas alasan keperluan mendesak.

Hasil tinjauan audit pada 3 November tahun lalu di beberapa buah kedai pakaian dan alatan sekolah di Kuala Terengganu mendapati harga lebih rendah dari yang ditawarkan.

Harga di pasaran ialah RM26.70 dan RM76.50 berbanding harga pembekal antara RM73.50 dan RM123.30 dan ini bermakna kerajaan dapat berjimat sebanyak RM1.42 juta.

Tidak diperiksa

“Semakan audit mendapati tidak ada bukti pemeriksaan dan pengesahan terhadap barangan dibuat dan kami mendapati 284 beg sekolah bernilai RM10,762 mengalami kerosakan zip.

“Akibatnya ia tidak dapat diagihkan dan ia disimpan di setor dan makmal sekolah serta setor Jabatan Pelajaran Negeri (JPN),” kata lapuran audit itu.

Cadangan asal kerajaan negeri ialah bantuan itu cuma kepada 53,000 pelajar tetapi bertambah kerapa 10,616 berikutan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu pada bulan Januari 2009.

Lapuran ketua audit juga mendapati 89,162 item pakaian dan alatan sekolah bernilai RM1.45 juta membabitkan sekolah di Kuala Terengganu, Besut, Hulu Terengganu dan Kemaman masih belum diagihkan.

Ia berlaku kerana senarai nama penerima berbeza antara pihak sekolah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

freemalaysiatoday

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s