MB Perak, Zambry Kadir Jual Tanah Kerajaan Kepada Kroni Dibawah Harga Pasaran !

PETALING JAYA: Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang mempunyai bukti kukuh telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ipoh, Perak hari ini.

Laporan ini dibuat susulan daripada dakwaan beliau terhadap Menteri Besar Perak, Datuk  Sri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Saya mempunyai bukti kukuh bahawa tanah tersebut diluluskan oleh kerajaan BN sejak rampasan kuasa kerajaan Perak”, kata Ngeh yang juga adalah ADUN Sitiawan.

“Saya mengesyaki ada penyalahgunaan terutamanya dalam kelulusan tanah pertanian dan industri yang dijual pada harga RM375 seekar,” kata beliau lagi.

Ngeh menambah bahawa harga pasaran tanah di Perak adalah sekitar RM500,000 seekar.

Menurut Ngeh, terdapat empat jenis tanah yang diluluskan oleh Zambry iaitu tanah kuari seluas 528.56 ekar pada harga premium RM 7.1 juta. Tanah lombong seluas 4502.97 ekar pada harga premium RM297,357. Tanah skim perumahan seluas 2,910.61 ekar pula pada harga premium RM123.5 juta manakala 60,561.73 ekar tanah perindustrian dan pertanian dikenakan premium RM22.7 juta.

24, 500 hektar

Lelong secara terbuka akan membawa hasil sekurang-kurangnya RM1.2 billion untuk kerajaan negeri yang membabitkan 24,500 hektar tanah pertanian dan perindustrian.

Pada hari Sabtu yang lepas Ngeh mendakwa bahawa Zambry menjual tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni beliau pada harga RM375 seekar.

Ngeh membuat dakwaan tersebut berdasarkan maklumat dari sumber dalaman Umno yang tidak mahu Zambry kembali menerajui negeri Perak sekiranya BN berjaya dalam pilihanraya umum ke 13.

Zambry telah menolak dakwaan tersebut pada hari Isnin. Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa tanah tersebut telah diperuntukkan untuk sekolah agama rakyat dan agensi kerajaan negeri lain di bawah harga pasaran.

FreeMalaysiaToday

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s