Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) – UMNO Dibelakang Penganjuran HIMPUN Bagi Meraih Undi Melayu Di PRU Ke13 ?

Umno kini sudah hilang arah bagi menghadapi PRU ke13!  Berbagai cara dilihat dilakukan Umno bagi mengembalikan sokongan pengundi melayu yang semakin hari semakin hilang keyakinan mereka terhadadap Umno.

Oleh itu, Umno akan melakukan apa sahaja bagi meneruskan kekuasaan mereka termasuk menganjur perhimpunan sejuta umat ini dengan memperkudakan NGO-NGO Islam.

Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Menteri hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan mereka yang sealiran dengan umno seperti yang dilaporkan dibawah ini.

(petikan dari Malaysiakini)

Menteri hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenepikan kekhuatiran PAS bahawa Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengundang polemik antara agama.

Katanya, penganjur itu sendiri telah diberikan kebenaran untuk mengadakan HIMPUN di Stadium Shah Alam, menunjukkan bahawa perhimpunan itu akan terkawal.

“Saya tengok penganjur pun dah beri akujanji untuk jaga ketertiban itu. Ini berbeza dengan semangat yang tak boleh dikawal.

“Bila ada permit dia mesti ada peraturan yang perlu dipatuhi. Bila berhimpun dalam stadium, dia kurangkan masalah.

“Pihak yang benarkan perhimpunan akan tentukan perjalanan itu (berlangsung dengan baik),” katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.

Beliau turut mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan – “untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat.”

“Jadi itu berbeza daripada tunjuk perasaan yang bersifat marah dan sebagainya,” katanya lagi ketika ditanya.

————————————————————————————————————–

(petikan dari Malaysiakini)

Pemuda Umno Selangor akan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu itu atas dasar perjuangan Islam dan bangsa Melayu, kata ketuanya, Engku Salleh Engku Jamal.

“… Siapa yang menganjurkannya tidak penting kerana yang paling utama adalah perjuangan Islam dan pertahankan akidah umat lslam di negara ini,” katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini.

Laporan itu memetik Engku Salleh berkata dianggarkan lebih 2,000 Pemuda Umno Selangor akan turut serta dalam perhimpunan itu.

——————————————————————————————————————-

(petikan dari Malaysiakini)

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tiada masalah dengan penganjur Perhimpunan Sejuta Umat yang tidak mahu beliau berucap dalam perhimpunan 22 Oktober.

“Kita pun tak berminat (berucap),” katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.

Jelasnya, penglibatan beliau dalam perhimpunan itu hanyalah dalam soal memberikan ucapan.

“(Penganjur) nafikan (penglibatan) sebab ada khabar angin kata saya dan (ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk) Zulkifli Noordin berucap.

“Tapi kita sokong dan akan turut serta dalam perhimpunan itu.

“Malah PERKASA turut diundang secara rasmi pada awal lagi untuk menyatakan sokongan,” katanya lagi.

——————————————————————————————————————-

(petikan dari Agendadaily)

Polis meminta pihak yang menyebarkan dakyah tidak benar mengenai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) agar menghentikan tindakan menghasut orang ramai dengan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pihaknya mengeluarkan permit kepada penganjur HIMPUN kerana yakin ia akan berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang ditetapkan dalam permit.

Katanya tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai dan menimbulkan kebimbangan yang tidak berasas.

“Kita telah teliti program yang akan diadakan iaitu bersajak, nasyid dan ceramah. Kita juga tidak menerima sebarang laporan negatif berhubung perhimpunan itu,” katanya. 

Berdasarkan pada kenyataan-kenyataan diatas, jelas bahawa penyatuan melayulah sebenarnya menjadi  agenda tersirat dalam perhimpunan ini!

Agenda penyatuan melayu yang dijaja Umno dari dulu lagi adalah bagi mengembalikan pengundi melayu kembali sokong Umno.

Kalau yang menyokong dan mempertahankan HIMPUN adalah menteri Umno, Perkasa, pemuda Umno serta polis memberi jaminan perhimpunan akan berlangsung dalam keadaan aman dan permit pula diberikan dengan mudah membayangkan adanya penglibatan suatu ‘kuasa’ dibelakang penganjuran HIMPUN ini!

Apabila penganjur NGO Bersih 2.0 memberi jaminan bahawa perhimpunan mereka pada  9hb July lepas akan berjalan dengan aman, polis tidak mahu beri permit tetapi apabila NGO-NGO Islam (UMNO?) menganjurkan perhimpunan yang mempunyai risiko ketegangan agama di negara ini, polis bukan sahaja memberi permit, tetapi turut menyokong dan mempertahankannya…sungguh ajaib!

Kenyataan Polis serta Menteri Hal Ehwal Islam, Datuk Jamil Khir menunjukkan mereka benar-benar mahu penyertaan seluruh umat Islam dalam perhimpunan tersebut supaya mudah mereka dapat meyakinkan umat Islam bahawa Islam berada dalam keadaan yang membimbangkan angkara kristianisasi!

Mungkin inilah diantara sebab kenapa PAS tidak mahu menyertai HIMPUN.  PAS dapat menghidu, adanya tangan ghaib dibelakang penganjuran HIMPUN ini.

Walaupun PAS memberi alasan bahawa mereka menghormati keputusan penganjur yang tidak mahu pembabitan politik dalam perhimpunan itu, kita percaya PAS lebih arif dalam mainan politik UMNO!

-saronglama

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s