Umno Gunakan Kos Tambahan Bina Istana Negara RM400 Juta Biaya Kempen Pilihan Raya PRU Ke13 ?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan lebihan kos pembinaan Istana Negara yang meningkat sekali ganda kepada RM800 juta berbanding kos asalnya sekitar RM400 juta.

Azan berkata, selepas sesuatu belanjawan dilulus di dewan rakyat, kebiasaannya terdapat kos tambahan yang digunakan untuk menguntungkan syarikat pemaju yang ada kaitan dengan Umno.

“Belanjawan tambahan inilah yang kita persoalkan kerana lazimnya kos asal projek akan melonjak dan tiada jawapan memuaskan dari kerajaan persekutuan,”  katanya mengulas sebaran gambar istana berkenaan di blog dan laman sosial Facebook.

Menurutnya lagi beliau mengesyaki kos tambahan berkenaan digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya Umno.

“Akhirnya, wang rakyat itu juga akan disalur untuk membiayai kempen Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kos asal pembinaan Istana Negara yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan bernilai RM 394,803,200.00

Namun, harga yang ditawar Jabatan Kerja Raya (JKR) secara rundingan terus pula berjumlah RM 649,995,507.51

Projek itu yang sepatutnya siap pada 29 November 2010 dipinda sehingga Februari 2011 dengan kosnya melonjak lagi kepada RM811.2 juta.

Syarikat berkenaan dikatakan dikuasai Datuk Man bin Mat (gambar) yang juga Bekas Bendahari Umno Merbok, Kedah.

Rekod menunjukan semasa kontrak ditawar kepada syarikat ini, ia ditakrif sebagai ‘DORMANT’ oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini bermakna, syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai ‘track record’ dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan. Ia hanya didaftar sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 selepas mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

Syarikat ini juga tidak mempunyai lesen ‘PKK’ yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR dan tidak berdaftar dengan ‘CIDB’ yang merupakan syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akhbar The Star bertarikh 27 Jun 2010 melaporkan ramai buruh asing digunakan untuk pembinaan Istana Negara Baru tersebut, tetapi tidak dibayar upah.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s