Umno ‘MERATAH’ KWSP – KWSP Beri Pinjaman RM55.10 Billion Tanpa Jaminan ! – Laporan Audit

KUALA LUMPUR 28 Okt- Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan beberapa pinjaman yang diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada syarikat tertentu dengan status ‘meragukan’.

Ketuanya, Tan Sri Datuk Ambrin Buang berkata, sehingga 31 Disember 2010, 13 pinjaman tanpa jaminan berjumlah RM55.10 bilion diluluskan KWSP.

Menurutnya, RM7.30 bilion diberikan kepada dua peminjam dan RM 21.30 bilion kepada satu peminjam yang mana mereka dikecualikan jaminan kerajaan kerana mendapat penarafan kredit dari Agensi Penilaian Malaysia Berhad.

KWSP turut meluluskan 15 pinjaman yang memerlukan Teruskan membaca

Advertisements

Kerajaan UMNO Terengganu Beli Peralatan Sekolah Bernilai RM26 Dengan Harga RM73 – Laporan Audit

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak membuat perjanjiandengan syarikat pembekal pakaian dan alatan sekolah untuk tahun 2008 hingga 2010.

Menurut lapuran itu, RM28.47 juta telah dibelanjakan untuk 282,966 pelajar di seluruh Terengganu.

Selain itu, proses rundingan harga kontrak tidak memenuhi garis panduan; kajian pasaran tidak dijalankan; bon pelaksanaan tidak dikeluarkan; pemeriksaan barangan yang diterima tidak dibuat; kelewatan agihan; bantuan tidak diagih ke semua daerah dan keluarga tidak layak turut menerima bantuan. Teruskan membaca

Projek Komputer Sekolah – Hanya 2 Dari 300 Makmal Komputer Bernilai RM160.74 Juta Bolih Diguna – Laporan Audit

PROJEK makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Ini kerana hanya dua daripada 300 makmal komputer sahaja yang dapat digunakan manakala lawatan audit ke SK Kepayan, Kota Kinabalu, mendapati stok peralatan ICT yang dibekalkan hampir tiga tahun lalu masih tidak digunakan.

“Peralatan ICT disimpan di dalam kotak asalnya Teruskan membaca

MSN Beli 23 Ekor Kuda (Sukan) Berharga RM5.66 Juta, 18 Ekor Darinya ‘Luput Tarikh’ ! – Laporan Audit

KUALA LUMPUR 24 Okt: Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta secara runding terus tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Pendedahan itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini.

Lebih mengejutkan, lapan belas daripadanya yang dibeli bagi menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak dikategorikan sebagai tidak layak dan terpaksa diserahkan kepada pelbagai jabatan kerajaan.

Ini kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria Teruskan membaca

UMNO Seleweng Duit Rakyat – Suami Shahrizat Dapat RM250 Juta Bagi Projek Lembu Daging, Ternak 1,000 Ekor Sahaja !

PETALING JAYA 25 Okt: KEADILAN menyambut baik keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memulakan siasatan ke atas National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang dimiliki suami dan anak kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, menteri kanan dan Ketua Wanita Umno.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media bersama yang dikeluarkan  Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun.

Di bawah Rancangan Malaysia ke 9, Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan syarikat itu diberi status projek berimpak tinggi dengan sasaran memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan.

Pada 20 Oktober lalu, satu pasukan peninjau yang diketuai Rafizi dan Teruskan membaca

MENGEJUTKAN ! Kerajaan UMNO/BN Beli Teropong Bernilai RM2 Ribu Dengan Harga RM52 Ribu! – Laporan Audit

KUALA LUMPUR 24 Okt: Laporan Ketua Audit Negara yang diserahkan  di dewan rakyat selepas tertangguh selama 17 hari ternyata mengandungi beberapa pendedahan mengejutkan.

Antaranya pembelian peralatan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dengan harga kontrak yang jauh lebih tinggi dan tidak masuk akal berbanding harga pasaran.

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa JTLM, iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tidak melakukan kajian pasaran dalam pembelian yang dibuat mereka.

“Semakan audit mendapati tiada bukti JTLM telah membuat kajian pasaran sewajarnya.

“Bagaimanapun, pihak JTLM mempunyai anggaran Teruskan membaca