MAS Guna RM18 Juta Duit Rakyat Menaja Jersi Pasukan QPR Di Liga Perdana Inggeris !

Syarikat Penerbangan MAS telah menaja jersi bolasepak bagi pasukan Queen Park Rangers bernilai rm18 juta sementara Air Asia pula menambah rm12 juta menjadikan keseluruhan kos penajaan menjadi  rm30 juta.

Duit yang digunakan oleh MAS sebenarnya adalah duit milik rakyat Malaysia.  Dalam keadaan ekonomi negara yang sedang  merudum serta keadaan rakyat yang tertekan akibat kenaikkan harga barangan serta kos hidup yang meningkat, dimanakah kewajaran MAS  yang sudah hampir bangkrap, dalam melakukan pembaziran seperti ini?

Petikan dari UTUSAN  ONLINE

KUALA LUMPUR – Teka-teki siapa penaja jersi pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) terjawab apabila kelab itu mengumumkan perjanjian penajaan selama dua tahun bersama dua syarikat penerbangan kebanggaan negara, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.

Uniknya, MAS akan menaja jersi QPR pada aksi di laman sendiri.

Logo AirAsia pula mendapat penghormatan dipaparkan pada jersi untuk aksi tempat lawan dan sebagai jersi ketiga.

Pengumuman dibuat di Stadium Loftus Road, London semalam oleh Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Mohd. Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif (QPR), Phillip Beard.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Rantau Komersial AirAsia, Kathleen Tan.

Rashdan berkata: “MAS berbesar hati dikaitkan dengan QPR dalam Liga Perdana Inggeris.

“Penajaan jersi QPR di laman sendiri oleh Mas dan jersi aksi di tempat lawan oleh AirAsia adalah julung kali dalam Liga Perdana. Ia juga sebagai meraikan kerjasama kami dengan AirAsia.

“Penajaan ini meningkatkan lagi kehadiran kami pada peringkat global dan menjadi francais premium untuk peminat bola sepak dari seluruh Eropah, Asia Pasifik, Amerika, Australia serta keempat-empat penjuru dunia,”.

Beared pula menyifatkan kerjasama QPR dengan dua syarikat penerbangan itu sebagai unik.

“Mendapat penajaan dua syarikat terkemuka Asia ini membuktikan jenama QPR mempunyai daya tarikan global.

“Kami cukup positif dalam kerjasama ini dengan harapan dapat mengembangkan pengaruh QPR di Asia Tenggara dan sekelilingnya.

“Ini satu urusniaga bersejarah yang menambah kegembiraan kepada kelab ini sejak pengambilalihan baru beberapa minggu lalu,” ujarnya

Jersi QPR dengan logo MAS dipakai buat kali pertama dalam perlawanan melayan kunjungan Newcastle semalam.

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s