Umno Amal Kronisme, Nepotisme – Anak Dr Mahathir, Mirzan, Menguasai ExxonMobil !

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan amalan kronisme dan nepotisme di bawah pentadbirannya dalam isu pengambilalihan kepentingan ExxonMobil Corporation di Malaysia kepada San Miguel Corporation (SMC).

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail ketika diminta mengulas isu pengambilalihan tersebut.

Beliau merujuk kenyataan jurucakap yang terlibat dalam urusniaga itu bahawa kepentingan ExxonMobil kepada Bousted Holdings Bhd tidak akan menjadi kenyataan, kerana  transaksi antara Exxonmobil Corporation  dan SMC adalah sah.

Menurut Azan, kerajaan boleh campur tangan untuk membatalkan perjanjian sedia ada tetapi tidak mempunyai kezaman politik untuk berbuat demikian kerana amalan kronisme yang begitu menebal.

“Sepatutnya Najib campurtangan sebagai perdana menteri. Kita tahu, San Miguel ini ada kaitan dengan anak Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mentor Najib. Sepatutnya Perdana Menteri mengutamakan syarikat tempatan.

“Inilah bukti Najib kekalkan amalan kronisme dan nepotisme. Sebab, dia pun amal perkara sama,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

San Miguel Corp sah mengambil alih ekuiti Exxonmobil Corporation  sebanyak 65 peratus sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Ogos lalu.

Anak kepada bekas perdana menteri, Mirzan Mahathir memiliki kepentingan dalam SMC- sebuah syarikat berkaitan arak yang terbesar di Filipina.

Menurut jurucakap yang terlibat dalam urus niaga itu, ia adalah perjanjian komersial peringkat tertinggi yang menjadi amalan biasa dalam transaksi jual- beli organisasi korporat di peringkat antarabangsa.

Sumber itu berkata, perkara berkenaan telah pun dibawa ke Kabinet Rabu lalu untuk dimaklumkan kepada Perdana Menteri yang kemudian meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyelesaikan ‘dengan cara berhemah’.

Menurut sumber itu, Sekiranya ExxonMobil Corporation bersedia untuk menimbang semula keputusan yang dibuat, syarikat itu akan berdepan dengan tindakan undang-undang daripada SMC.

SMC yang berjaya dalam bidaan itu akan menguasai 65 peratus pegangan dalam syarikat dagangan petroleum tersenarai, Esso Malaysia Bhd (EMB), dan syarikat  milik penuhnya ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. (EMMSB) dan ExxonMobil Borneo Sdn. Bhd. (EMBSB) pada harga AS$610 juta (RM1.83 bilion) atau RM3.50 sesaham EMB.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s