Umno Merasuah Pengundi Di Terengganu – Pengundi ‘Dibeli’ Dengan Harga RM200 Di Kawasan BN Kalah !

PETALING JAYA: PAS Terengganu mendakwa Umno telah menabur wang ringgit untuk merampas kerusi yang mereka kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Salah satu kerusi yang menjadi idaman Umno ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang diwakili oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Adun Manir itu mendakwa, Umno membeli pengundi dengan harga RM200 ke atas.

“Umno memang mahu merampas kerusi Manir ini sejak dulu lagi kerana mahu meruntuh kekuatan PAS di negeri ini.

“Mereka menggunakan pelbagai cara tetapi InsyaAllah Dun Manir akan kekal di tangan PAS,” tambahnya.

Harun, 67 tahun mengalahkan calon BN Wan Sagar Wan Embong dengan majoriti 406 undi dalam pilihan raya umum 2008. Tokoh veteran PAS itu menjadi Adun Manir sejak tahun 1990.

Sumber dalaman Umno pula memberitahu seorang muka baru akan diletakkan parti itu dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.

1,000 pengundi baru

Nama yang paling disebut-sebut ialah Yusof Awang Hitam yang kini  menjadi pengerusi penyelaras Umno merangkap pegawai pembangunan DUN Manir.

Umno Manir juga dikatakan meletakkan sasaran untuk mendaftarkan seramai 1,000 pengundi baru ke dalam DUN tersebut.

Beberapa pemimpin PAS tempatan mendakwa Yusof mula mendampingi penduduk Manir sebaik berakhir pilihan raya umum 2008.

“Dia selalu berada di Manir hampir setiap hari berjumpa orang kampung dan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira parti politik.

“Saya yakin dia akan bertanding di Manir kali ini,” kata Wan Abdul Rahman Ismail, 45 tahun.

Seorang lagi penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitahu, ramai pengundi Manir bercakap mengenai sumber kewangan Yusof dalam membantu penduduk di DUN berkenaan.

Menurutnya, orang hairan bagaimana Yusof boleh mengeluarkan wang dengan mudah untuk membantu penduduk Dun Manir.
“Saya mendengar beliau mendapat banyak projek kerajaan negeri  termasuk di kawasan Manir sendiri,” katanya.

freemalaysiatoday

Share

Advertisements

One thought on “Umno Merasuah Pengundi Di Terengganu – Pengundi ‘Dibeli’ Dengan Harga RM200 Di Kawasan BN Kalah !

  1. AYAT DYE;;;tolong pok usop sekali ngundi ni,..
    org mitok tolong ni, org susoh je. pok usop susoh sangat ke?

    eh3..
    TOLONG POK USOP BAHAM PITIS KOHO PAROKS LAGI DOP LEPAS MENANG? GITU?
    fikir2kanlah wahai rakyat jelata dun Manir

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s