Kroni UMNO Sapu Projek RM2 bil – Projek ‘Network Centric Operation’ Diberi Secara Runding Terus Oleh Kementah !

KUALA LUMPUR: KEADILAN menuntut Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan menghentikan projek‘Network Centric Operatioan’ (NCO) dianggarkan berjumlah RM 2 bilion yang dianugerahkan secara runding terus kepada Sapura Secured Technologies Sdn Bhd.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah berkata, beliau difahamkan sehingga kini projek NCO Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu masih belum mempunyai  ‘roadmap’ atau perancangan program dalam kerangka pertahanan negara.

“Apakah dengan ketiadaan ‘roadmap’  bermakna kos projek ini akan melambung tinggi tanpa had?

“Pihak mana yang akan membuat untung atas ketiadaan, mahupun had perbelanjaan yang dibuat NCO?,” soal beliau pada sidang media di perkarangan Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak, di ibu negara hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sambil diawasi oleh kira-kira 20 anggota polis dan tentera yang memerhatikan sidang media tersebut.

Program NCO berkenaan dikatakan bagi mengintegrasikan semua aplikasi sistem, pengesan, sistem arah dan kawal serta persenjataan yang dianggarkan menelan RM2 bilion dalam dua atau tiga tempoh  Rancangan Malaysia (10-15 tahun)

Perkara ini pernah didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 19 Ogos lalu.

Dalam pada itu Izzah menjelaskan, keperluan staf am (KESAM) atau pun ‘General Service Requirement’ (GSR) yang meliputi setiap keperluan perkakasan dan perisian yang temasuk dalam NCO tidak disiapkan mahu pun diluluskan sebelum projek dilaksanakan.

Ini kerana tender projek tersebut tidak melalui proses pemeriksaan tatakelola dan urus tadbir yang telus  dibimbangi menuju kegagalan.

Dalam masa sama kajian daya maju teknikal (technical viability study) untuk sistem P4 (Pemerintahan, Pengawalan, Perhubungan & Perisikan) iaitu sistem ‘Command & Control (C2) sedia ada masih dalam kajian.

“Tetapi KEADILAN difahamkan pihak Sapura tetap berkeras untuk membangunkan sistem C2 yang baru. Mengapa Kementerian boleh membiarkan Sapura berkeras sedemikian tanpan mengendahkan laporan hasil kajian tersebut?,” soal Izzah.

Sementara itu, Tian Chua yang juga Naib Presiden KEADILAN mempersoalkan samaada pembelian peralatan tentera menjadi keutamaan kerajaan.

“Keputusan ini dipersoalkan oleh anggota ATM sendiri. Ini kerana seolah-olah wujud trend pembelian peralatan tentera yang melebihi keperluan semasa,” ujarnya.

Keadilandaily

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s