Kematian Pemberita Bernama – Kebodohan, Gila Publisiti Umno, Punca Kematian Allahyarham Noramfaizul !

Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor terbunuh selepas terkena tembakan peluru sesat di Mogadishu semalam manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan cedera ditangan dan dilaporkan stabil.

Pemimpin-pemimpin Umno mestilah dengan sepenuhnya bertanggungjawab keatas kematian pemberita Bernama, Allahyarham Noramfaizul.

Merekalah yang membawa para pemberita dari Malaysia Ke Somalia,  supaya merakamkan “kebaikan” yang mereka (Umno) melakukan di negara itu, supaya balik nanti, bolehlah menghebahkan kepada rakyat Malaysia, kononnya Umno itu pemurah serta prihatin!

Betapa dangkalnya Umno, apabila pemimpinnya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Ketua misi kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia), sanggup mengambil risiko dengan membawa pemberita Malaysia ke negara Somalia yang sedang dilanda perang saudara.  Kononnya mahu menghantar bantuan kemanusiaan.

Sungguh mengejutkan apabila kita difahamkan misi kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia tidak menyediakan baju kalis peluru kepada wartawan serta mereka yang lain yang menyertai  rombongan itu!  Organisasi pemantau media antarabangsa, Reporters Without Borders (RSF) telah meletakkan Somalia sebagai negara yang paling bahaya bagi pengamal media dibenua Afrika dimana seramai 23 orang media sudah terkorban disitu sejak tahun 2007.

Apakah pemimpin Umno yang mengetuai misi tersebut tidak mempunyai info tentang keadaan di Somalia  lalu tidak membuat persediaan yang sepatutnya?  Ini membuktikan keselamatan rakyat Malaysia bukanlah suatu keutamaan.  Yang penting maksud politik mereka tercapai!

Sekiranya Umno mahu menghantar bantuan kemanusiaan, mengapa harus  membawa pemberita dari Malaysia?  Apa kena mengena wartawan dengan menghulur bantuan kemanusiaan? Apakah kerana politik?  Kerana politik Umno, seorang rakyat Malaysia kini telah terkorban.

Sekiranya Umno benar-benar ikhlas, bukankah kita boleh menyalurkan bantuan kepada rakyat Somalia melalui ejensi serta badan-badan bantuan antarabangsa seperti Palang Merah dan PBB yang sudah pun beroperasi dinegara tersebut?  Apakah Umno mahu jadi jaguh sehingga sanggup mengambil risiko sebegini dimana akhirnya seorang rakyat telah terkorban?

Jelas sangat maksud pemimpin Umno seperti Datuk Abdul Azeez membawa misi kemanusiaan ke Somalia adalah bagi mendapatkan nama dan pujian bagi diri beliau, Umno, Najib, Rosmah serta sebagai satu propaganda politik bagi mengekalkan kuasa Umno/BN!

Dinegara kita sendiri, begitu ramai rakyat yang memerlukan bantuan.  Ramai rakyat kita sedang hidup dalam keadaan yang amat tertekan, akibat dari  kenaikkan harga barang-barang keperluan harian serta kos perkhidmatan yang kian meningkat, berpunca dari Umno/BN yang tak bijak mengurus ekonomi negara!

Ada umat Islam yang terpaksa meminta bantuan dari gereja, kerana kerajaan Umno tak mampu memberi bantuan kepada rakyatnya sendiri!  Dan ada umat Islam yang menjadi murtad kerana terpaksa meminta bantuan dari gereja.  Kenapa Umno tidak mengambil berat tentang kemiskinan dinegara sendiri?

Dalam satu serbuan yang dilakukan oleh JAIS keatas sebuah gereja, seorang individu yang ditahan dalam pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) mengaku terdapat umat Islam murtad selepas mendapat bantuan gereja, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut Asri, wanita itu memberitahunya, kesempitan hidup dan kesukaran mendapat bantuan zakat memulakan hubungannya dengan gereja, yang membantu dengan ‘mesra dan sayang’.  Amat memalukan apabila disebuah negara Islam, umat Islam terpaksa menagih simpati dari penganut agama lain!

Perdana Menteri pula berkata peristiwa ini akan mengharumkan nama negara dimata dunia. Betapa benggongnya kenyataan seorang PM.  Bagaimanakah  dunia boleh memandang tinggi pada kita akibat dari kebodohan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno?  Negara-negara lain tidak melakukan perkara sedangkal ini!

Inilah yang akan terjadi sekiranya Umno/BN terus dibenarkan berkuasa dan mentadbir negara ini.  Umno tidak akan mengambil peduli tentang kesusahan yang dialami rakyat sendiri, tetapi sanggup bermati-matian mahu bantu orang luar selagi itu boleh menguntungkan politik pemimpin-pemimpin Umno.

Kita berdoa agar roh Allahyarham Noramfaizul dicucuri rahmat dan semoga Allahyarham ditempatkan  dikalangan orang-orang yang soleh.

Apakah kita rakyat Malaysia mahu terus  memberi mandat kepada pemimpin-pemimpin yang gila kuasa, pembunuh, kaki botol, kaki betina, perasuah, perompak wang rakyat, mengadai negara kepada PATI  dan tidak prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi rakyat?

Lu pikirlah sendiri!

saronglama

Share

One thought on “Kematian Pemberita Bernama – Kebodohan, Gila Publisiti Umno, Punca Kematian Allahyarham Noramfaizul !

  1. ~ Astaghfirullahala’zim ~ kenapa penulis blog ni menyalahkan org lain di atas takdir kematian wartawan ini yang telah tertulis ~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s