Umno Habiskan Duit Rakyat RM59.68 Juta, Perbaiki Imej Najib Di Rangkaian TV, CNBC, CNN dan BBC !

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membeli slot rancangan di televisyen antarabangsa untuk memperbaiki imej, tidak ubah seperti diktator.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ramai diktator dunia berbuat demikian  kerana takut pada kebebasan media, termasuk bekas Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak.

“Biasanya mereka yang diktator yang akan beli slot-slot sebegini kerana kalau ada laporan bebas, mereka akan dapat laporan yang kurang baik,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu.

Blog Sarawak Report sebelum ini mendedahkan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak melantik firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menerbitkan program TV berat sebelah untuk ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Sarawak dilaporkan membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu. Sementara Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata amalan sedemikian juga sebenarnya tidak berdasarkan etika penyiaran media antarabangsa kerana ia tidak menyampaikan mesej yang objektif  kepada penonton.

“Amalan ini tidak dibenarkan di peringkat antarabangsa sebab sifatnya tidak lebih daripada iklan. Sepatutnya orang tonton dengan anggapan ia rancangan yang objektif,” katanya.

Pada masa yang sama, Nik Nazmi berkata Najib perlu melakukan trasnformasi yang sebenar di dalam negara jika mahu nama beliau harum di peringkat antarabangsa dan bukan melakukan kempen perhubungan awam sebegini.

“Najib nampaknya lebih berminat baiki imej di peringkat antarabangsa sedangkan ‘public relations exercise’ atau ‘media spin’ begini tak akan dapat baiki perkara yang dah busuk.

“Najib sendiri sebenarnya tidak perlu berbelanja besar untuk memperbaiki imej beliau di peringkat antarabangsa.

“Lebih baik jika kerajaan lakukan transformasi sebenar dalam negara dan dengan sendiri imej beliau akan jadi lebih baik di peringkat antarabangsa,” katanya.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s