Umno Dan SPR Gadai Negara – Lebih 1,500 Pendatang Asing Diberi Kewarganegaraan Supaya Bolih Mengundi !

PETALING JAYA 3 OGOS : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen untuk membincangkan isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.Ahli parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata, mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara “khianat” itu “mengancam keselamatan dan kedaulatan negara”.

Justeru beliau mendesak sidang perlu dilakukan dalam bulan Ramadan ini juga.

“Apa yang Bersih tuntut sangat relevan…Paling serius bagi saya ini ialah konspirasi dan skandal yang digunakan pemimpin besar negara…Datuk Seri Najib mesti panggil sidang parlimen dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sidang akhbar ahli parlimen Pakatan di ibu pejabat Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini.

Ditanya tindakan lanjut sekiranya desakan itu tidak diendahkan Najib, Salahuddin menyatakan pihak pakatan mempunyai rancangan susulan.

“Kami mempunyai beberapa siri tindakan. Tunggu sahaja. Kita akan dedahkan siapa taukenya nanti. Kita ada dokumen (bukti) yang cukup,” katanya.

Salahuddin yang juga naib presiden PAS mendedahkan semakan mereka mendapati sehingga kini sejumlah 1,597 kes berhubung perkara itu dikesan di seluruh negara.

“Ia nampaknya terfokus di beberapa tempat Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor. Kita juga boleh buktikan,” dakwanya.

Dalam data yang diedarkannya, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,108 kes, diikuti Johor sebanyak 380 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 52 kes.

Salahuddin juga menunjukkan buku tebal kira-kira 2 inci mempunyai pelbagai maklumat berhubung kesalahan pilihan raya yang masih diselidiknya melalui satu pasukan khas PAS.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan, kegagalan Najib mengambil tindakan akan menggambarkan bahawa beliau sebagai perdana menteri yang tidak berkuasa terhadap beberapa agensi kerajaan berkaitan.

Malah Najib seolah melanggar janji beliau di Sidang Kemuncak Pimpinan Pelajar Malaysia (MSLS) beberapa 30 Julai lalu untuk memastikan Pilihan Raya Bersih.

“Sekarang, beberapa hari kemudian, kita ada laporan media bahawa rakyat asing diberi kewarganegaraan. Jika Najib tidak setuju dengan sidang khas (Parlimen), maka bermakna beliau telah hilang kawalan ke atas institusi-institusi ini, yang telah mengambil alih kuasa daripada pentadbirannya,” kata beliau.Malaysiakini semalam melaporkan seorang bernama Mismah yang berstatus penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi baru dalam rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun tidak semena-mena, setelah pendedahan dibuat oleh Malaysiakini awal pagi semalam, status penduduk tetap iaitu pemegang kad MyPR yang dipegang oleh Mismah bertukar kepada pemegang kad pengenalan biru dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) .

Bagaimanapun, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan hal itu sambil menyifatkannya sebagai kesilapan teknikal yang dilakukan oleh JPN sambil berkata hanya warganegara Malaysia yang layak mengundi.

-TVS News

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s