Umno Cemas Tentang Pengundi Felda – RM42.6 Juta Duit Raya Diumum Najib !

Umno yang mula cemas tentang arah pengundi-pengundi dirancangan tanah Felda di PRU ke13, kini menawarkan duit raya bagi mereka. Apakah ini rasuah bagi PRU ke13 nanti?

Setelah banyak salahlaku Felda terbongkar melalui saman-saman  peserta Felda dimahkamah, Najib dan Umno mula merasa sokongan pengundi-pengundi melayu di Felda tidak lagi menjadi ‘simpanan tetap’ untuk Umno/BN.

Bernama melaporkan:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ha i ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.

Beliau berkata pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

“Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta. Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta,” katanya.

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.

Najib berkata bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.

Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang.

Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara, katanya.

“Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal,” katanya.

Najib turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan.

Share

3 thoughts on “Umno Cemas Tentang Pengundi Felda – RM42.6 Juta Duit Raya Diumum Najib !

  1. sebenornye, duit raya tu memang dipotong dr gaji peneroka setiap bulan… Bila sampai time raya dia bagi la, padahal memang duit peneroka tu punya… saya anak peneroka saya tahulah….

  2. betul2… pastu katala kerajaan bagi duit raya utk ringankn beban kewangan peneroka, sedap dia jer… x tahu malu, perompak mmg x malu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s