Rosmah Mahu Peruntukkan Lebih Untuk Permata Setelah Mendapat 211 Juta Bagi Tahun 2010-11 !

POKOK SENA: Selepas mendapat peruntukan RM211 juta bagi tahun 2010 dan 2011, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mahu peruntukan yang lebih untuk Program Permata Negara (Permata).

Bernama hari ini melaporkan Rosmah yang juga pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelerasan Permata Negara berkata, peruntukan itu kononnya bagi memperluaskan  pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.

Rosmah juga berkata penubuhan pusat itu untuk  ‘memastikan’ kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses  pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menyelar peruntukan RM211 juta yang disifatkan tidak wajar ketika rakyat menanggung kesengsaraan berikutan kenaikan kos kehidupan akibat kenaikan harga barang dan harga minyak.

Kuasa yang diberikan kepada Rosmah yang menggelar dirinya sebagai ‘Wanita Pertama Malaysia’ mengendalikan program Permata juga dianggap tidak relevan.

Ini kerana  ia sepatutnya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini.

Rosmah baru-baru ini menimbulkan kegemparan berikutan pendedahan bahawa beliau membeli sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta dari syarikat pengeluar berlian terkenal Amerika Syarikat, Jacob & Co.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita  Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, beliau membelanjakan sebanyak RM134,317.76, selain suaminya sendiri Najib Razak  membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia..

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.

keadilandaily

Advertisements

One thought on “Rosmah Mahu Peruntukkan Lebih Untuk Permata Setelah Mendapat 211 Juta Bagi Tahun 2010-11 !

  1. alahai, yang Big Boss dulu si menantu buat hal. Sekerang ni Bini pula, harap dan doa jangan terima nasib Pak Lah pula. Susah kita naik sokong BN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s