Rakyat Rugi RM20 Billion Kerana Mekanisma Tender MRT Oleh Kerajaan Umno/BN ? – Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil

KUALA LUMPUR 22 JULAI: Kerajaan mampu menjimatkan sehingga RM20 bilion sekiranya projek Sistem Aliran Transit Massa (MRT) menggunakan mekanisma tender antarabangsa, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu melahirkan kegusaran terhadap langkah kerajaan mempertanggungjawabkan projek bernilai RM37 bilion itu secara langsung kepada syarikat MMC-Gamuda.

Syarikat itu dikategorikan sebagai Rakan Perlaksanaan Projek oleh kerajaan dan membolehkan MMC-Gamuda untuk melebarkan pengaruh dalam proses pemberian tender dan pemilihan kontraktor.

“Saya (dalam) bab ini sudah lama tidak tidur lena sebab sangat besar. Saya jumpa ramai pegawai kerajaan dan GLC yang menyatakan mereka lemas sebab terpaksa menyalurkan duit.Projek besar sebegitu boleh buka tender antarabangsa. Mungkin dengan kaedah ini kita boleh jimat RM20 bilion,” kata beliau.

Abdul Kadir yang memegang pelbagai portfolio dalam kerajaan Tun Mahathir Mohamad berpendapat kos projek MRT akan meningkat dari masa ke semasa memandangkan terdapat kos sampingan yang perlu diambil kira.

“RM20 bilion kalau kita boleh jimat, kita boleh beri rumah kepada semua rakyat yang tidak mempunyai rumah,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipengerusikan oleh bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di ibu negara pagi tadi.

Sehari sebelum perhimpuan Bersih 2.0 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan projek itu yang juga dikenali sebagai Sistem Pengangkutan Bersepadu Lembah Klang dengan mengumumkan jajaran muktamad bagi laluan Sungai Buloh-Kajang.

Ia adalah fasa pertama daripada beberapa laluan yang sedang diteliti untuk menyokong perkhidmatan rel keretapi sedia ada di negara ini.

Pakatan Rakyat sebelum ini menyatakan kegusaran terhadap lonjakkan kadar keberhutangan negara melebihi paras 60 peratus hutang daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) apabila projek tersebut siap.

Turut membimbangkan sekiranya kerajaan mengulangi skandal pembinaan sistem Aliran Transit Ringan (LRT) sehingga rakyat terpaksa menanggung hutang sebanyak RM8 bilion sehingga kini.

Dalam pada itu Abdul Kadir dalam ucapannya turut menyentuh badan kehakiman negara yang seharusnya menjadi institusi bebas daripada sebarang unsur ketidaktelusan.

Kadir berkata beliau was-was tentang badan kehakiman yang dipertahankan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) ketika ini susulan kritikan masyarakat bersabit pelbagai keputusan yang dilihat lebih untuk melindungi kepentingan pihak tertentu.

“Kehakiman kita benar-benar bebas ke? Saya pun tidak tahu dan saya tidak mahu kata apa-apa,” ujar beliau.

Beliau juga mengecam gejala rasuah yang memperlekeh aspek kebertanggungjawaban sedangkan rakyat melihat perkara tersebut sebagai isu utama yang membelenggui negara.

“Dalam (usaha) menguruskan wang rakyat, tidak boleh ada rasuah. Negara kita ini tidak ada rasuah ke? Rakyat semua cakap macam-macam. Ini satu lagi amanah merdeka. Kita mahu menjadi pro perniagaan, kerajaan mahu banyak duit tapi kita mahu mereka gunakan wang tersebut dengan baik kerana setiap sen adalah hak rakyat. Negara ini milik rakyat, jangan lupa itu,” tambahnya lagi.

Amanah turut dianggotai oleh bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S. Subramaniam, dan pemimpinh-pemimpin Sarawak seperti Datuk Daniel Tajem, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis.

Pertubuhan badan bukan kerajaan itu yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah mengajak rakyat untuk bersama-sama melakukan perubahan terhadap negara dengan menghapuskan gejala rasuah dan kronism selain menyalakan semangat amanah merdeka.

– TVS NEWS

Share

2 thoughts on “Rakyat Rugi RM20 Billion Kerana Mekanisma Tender MRT Oleh Kerajaan Umno/BN ? – Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzil

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s