Bersih 2.0 – Najib Tak Dapat Arah Polis UK Mengganas, Menangkap Penyokong Bersih Yang Menyambutnya !

Petikan dari Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap ‘dikejar’ gelombang kuning.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai “EO6” yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.

Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.

Semalam, Ratu Elizabeth memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.

Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London.

Amnesty International sebelum ini mendesak Kerajaan UK agar memberi signal protes terhadap layanan zalim Kerajaan Malaysia kepada peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Di Malaysia, Najib Tidak mahu bersemuka dengan Bersih 2.0.  Tapi, dengan takdir Allah, Najib terpaksa berhadapan dengan peserta Bersih 2.0 diluar negara! Di Malaysia Najib dan Rosmah tak boleh pandang warna kuning lalu mengarahkan polis menangkap sesiapa sahaja memakai pakaian kuning!

Tetapi di UK, beliau tiada kuasa menghalang peserta perhimpunan bersih 2.0 berpakaian kuning yang berkumpul dan menyambut ketibaannya semasa lawatan disana.  Inilah yang dikatakan kuasa Allah yang Maha Esa.  Najib hendak melarikan diri dari kemelut perhimpunan Bersih 2.0, namun, Bersih 2.0 pula tidak berhasrat mahu larikan diri dari Najib dan Rosmah!

Mengikut laporan FMT, Polis London memberitahu bahawa pihak suruhanjaya tinggi Malaysia telah menekan polis UK supaya menghalang sebarang perhimpunan demonstrasi semasa lawatan Najib dan meminta info tentang penganjur perhimpunan serta maklumat penunjuk perasaan.  Rejim diktator kuku besi Malaysia mungkin tidak sedar bahawa United Kingdom adalah sebuah negara bebas dan sesiapa saja bolih menganjurkan sebarang perhimpunan atau demonstrasi secara aman!

Firaun pernah mengarahkan supaya seluruh pasukan keselamatan dalam kerajaannya mencari dan membunuh semua kanak-kanak yang baru lahir, kerana berdasarkan firasat mimpi yang dialaminya, seorang putera iaitu, Nabi Musa, sudah pun lahir yang bakal akan tumbangkan kerajaannya.

Najib pula mengarahkan kesemua anggota keselamatan negara ini, mencari dan menangkap sesiapa sahaja yang berpakaian kuning kerana pada firasatnya, suatu gelombang kuning yang bernama Bersih 2.0 telah lahir dan bakal menumbangkan pemerintahannya!

-saronglama

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s