Kerakusan Pemimpin Kerajaan Umno/BN – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Didakwa Terima Rasuah RM100,000 !

KUALA LUMPUR 1 JULAI : Bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Mohamad Daud Dol Moin hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan menerima suapan yang membabitkan wang tunai RM100,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Daud, 58, didakwa menerima suapan iaitu wang tunai RM50,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui seorang lelaki
dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Pencetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima suapan RM50,000 daripada orang yang sama dengan tujuan yang sama.

Ground Floor Bangsar Shopping Center Kuala Lumpur, pada 1 Dis 2004 dan 16 Feb 2005.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan pihak pembelaan yang diwakili peguam
Collin Goonting dan J.D Goonting tiada bantahan dengan jaminan itu.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan jaminan itu dan menetapkan 2 Ogos untuk sebutan semula kes.

TVS news
Advertisements

4 thoughts on “Kerakusan Pemimpin Kerajaan Umno/BN – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Didakwa Terima Rasuah RM100,000 !

  1. Engkau ni Islam ke apa?
    Kalau Islam kenapa buat kerja fitnah macam ni?
    Apa kaitan entry engkau mengenai penolong gabenor bank yang didakwa tu dengan heading yang kau gunakan?
    Nak tarik orang ke blog kau pun, gunakanlah akal, Berhemahlah. Tak usaha guna cara yang tak betul. Kita tak hidup menongkat langit.
    Kalau tak malu pada diri sendiri pun, malu-malulah pada malaikat yang di kiri kanan. Lebih penting lagi, malulah pada Allah Taala.

  2. Heading entry ini tidaklah seteruk heading yang digunakan utusan meloya dan TV3/4 dalam memfitnah pembangkang….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s