Kerajaan Umno/BN Tidak Peka, RM 1 Bil Akan Dibelanja Mengindahkan 10.7 Km Sungai Gombak !

1hb July 2011 – Menteri Wilayah Persekutuan dan Bandar Kesejahteraan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini mengumumkan tentang projek dan tender bagi mengindahkan sebahagian dari sungai Gombak.

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata hari ini bahawa tender bagi projek yang meliputi 10.7km akan dipilih oleh juri yang terdiri daripada pakar-pakar perancangan tempatan dan antarabangsa bandar ditambah dengan undi daripada orang ramai.

Kerja-kerja pengindahan adalah sebahagian daripada Projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) di bawah Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib.

Najib sebelum ini berkata projek itu akan menyumbang RM1.4 bilion kepada pendapatan negara kasar setiap tahun atau RM11.3 bilion dalam jumlah sehingga 2020.
Perdana Menteri berkata, ini akan membentuk lima peratus daripada pertumbuhan RM30 bilion diperlukan setiap tahun untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Walau bagaimana pun, kos bagi mengindakan Sungai Gombak sejauh hanya 10.7 km dengan harga 1 billion adalah terlalu tinggi!  Dalam keadaan sekarang, dimana rakyat sedang bergelut dengan kesukaran hidup akibat dari kenaikkan harga barang-barang serta kos hidup yang semakin meningkat, adalah sangat tidak wajar projek ini dilaksanakan.

Wang bagi projek seperti ini, buat masa ini, haruslah disalurkan bagi meringgankan bebanan hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat biasa, melalui pemberian subsidi bagi barang-barang keperluan harian rakyat.  Dan apabila keadaan ekonomi rakyat memulih, barulah projek-projek seperti ini patut dilaksanakan.

Kita tidak tahu kroni pemimpin Umno yang mana akan memperolihi kontrek ini.  Kroni-kroni Umno akan terus menjadi kaya-raya dengan rakyat biasa menjadi mangsa!  Setiap hari kita membaca bahawa rm beratus ribu, juta dan billion duit rakyat dilenyapkan melalui rasuah, salahguna kewangan negara, projek-projek yang membazir serta pemimpin-pemimpin utama negara yang menghabiskan duit rakyat bagi mengekalkan gaya hidup mewah mereka!

Datuk Raja Nong Chik dan Najib mungkin tidak dapat menyelami kepahitan hidup yang dirasai dan dilalui sebahagian besar rakyat dalam negara ini.  Mungkin itulah sebab kenapa mereka tidak mengerti, dimanakah sepatutnya  duit rakyat dibelanjakan !

-saronglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s