Umno/BN Salah Urus Dana Felda – Pelaburan Felda Global Ventures Di Luar Negara Mengalami Kerugian ?

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan.

“Ini kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” jelas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 bilion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global, yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia.

“Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda?” soal beliau.

Beliau mendakwa pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian.

“Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu mengalami kerugian terkumpul hampir RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010,” ujar beliau.

Menurut Anwar, pelaburan luar tersebut meliputi dalam syarikat Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia.

“Kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalau pun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby,” sindir beliau.

Beliau berkata, dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat.

Kerugian diselindung

Ujar beliau, “kami percaya bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.

“Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda,” tambahnya.

Perdana Menteri kata Anwar, begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian.

“Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernah dibuat dalam sejarah korporat Malaysia.

Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuat untuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual oleh Procter & Gamble.

Menurutnya, selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 juta pinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.

“Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 juta untuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah mencatat sebarang keuntungan,” kata Anwar.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta.

“Oleh kerana itu, kami percaya jumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anak syarikat adalah disekitar RM1.175 bilion,” katanya.

Katanya lagi, walaupun pelaburan yang besar, kami percaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiap tahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta.

“Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Felda itsama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby.

“Siasatan juga harus dijalankan terhadap mereka yang berada dalam pengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu,” tegas beliau.

Beliau berkata, mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaian yang telah mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukan kelulusan Menteri yang bertanggungjawab atas Felda, yang sejak tahun 1997, dijawat oleh Najib.

Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Najib atau tidak didedahkan kepadanya oleh pihak pengurusan Global Felda, kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global dan Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat.

Menurut Anwar, adalah difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Najib, Mustapha Omar Ong, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global.

“Kami menuntut untuk mengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadap Felda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industri pertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global?,” soalnya.

Beliau berkata, jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consulting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal.

“Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di atas kerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat,” tegas Anwar.

petikan dari Free Malaysia Today

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s