Umno/BN Bazir Duit Rakyat – Kementerian Pelancongan Habiskan RM1.8 Juta Menyelenggara laman Facebook !

Petikan dari Malaysiakini

Kementerian Pelancongan sekali lagi ‘panas’ apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook ‘Visit Penang’, yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Dalam keadaan harga barang naik, segala keperluan harian naik, namun pemimpin Umno/BN masih lagi boros dalam perbelanjaan mereka.  Mereka tidak merasai keperitan yang dirasai oleh rakyat dibawah kerana pemimpin Umno/BN kaya raya. 

Sepatutnya, duit-duit yang dibazirkan oleh kebanyakkan Kementerian-Kementerisan haruslah digunakan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat. Menteri pelancongan, Ng Yen Yen mesti menjawab kemana perginya duit rakyat sebanyak rm1.8 juta, kerana laman facebook sebenarnya adalah percuma.

Saya fikir pegawai-pegawai yang sedia ada di Kementerian Pelancongan boleh mengendalikan sendiri laman-laman Kementerian Pelancongan dalam facebook.  SPRM dan Jabatan Audit Negara mesti siasat kenapa ada perbelanjaan untuk perkara yang tidak perlu perbelanjaan!

saronglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s