Keputusan PRN Sarawak – Pakatan menang 15 DUN, Isu Video Seks, RPK Makan Tuan!

Najib dan Rosmah telah salah langkah!  Mereka berfikir, dengan membawa isu video seks Anwar dan temubual Raja Petra Kamarudin, mereka boleh melenyapkankan pengaruh Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim dibumi Sarawak.  Malangnya, rakyat Sarawak tidak berfikir begitu!

Pakatan Rakyat telah bermula di PRN Sarawak dengan harapan yang tidak besar.  Mungkin, Pakatan Rakyat pada waktu itu, penyokongnya sendiri pun tidak berfikir boleh menang lebih dari 10 kerusi DUN.  Tetapi, setelah 10 hari kempen berlalu, barulah kita sedar kenapa Taib Mahmud tidak mahu mengadakan PRN Sarawak lebih awal.  Rupa-rupanya kedudukan BN sangat rapoh.   Inilah kekalahan yang paling teruk yang dialami BN di Sarawak dan ia berlaku sewaktu Najib menjadi PM!  Banyak kerusi DUN yang Pakatan kalah dengan tipis.

Pada 2006, pembangkang  hanya memenangi sebanyak 7 kerusi.  Tetapi, pada PRN Sarawak kali ini, Pembangkang memenangi 15 kerusi DUN, lebih dari 100%.  Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat dapat mengurangkan undi popular BN dari 62.93% pada tahun 2006 ke 55.24%!  Amat menakjubkan!  Sarawak yang dikatakan ‘fixed deposit BN’ kini sudah goyah!  Sekarang, beranikah Najib membubarkan parlimen supaya dapat diadakan pilihanraya umum?  Pada hari ini, pemimpin-pemimpin BN sudah mula menghitung diri masing-masing dan memikirkan masa depan politik mereka!

Isu video seks Anwar serta putar-belit Raja Petra Kamaruddin nampaknya, senjata makan tuan!  BN mengharapkan dengan kedua-dua isu itu, rakyat akan hilang keyakinan kepada PKR dan Pakatan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Keputusan PRN Sarawak menunjukkan masa depan Najib tidak selamat.  Najib mungkin akan menghadapi apa yang dirasai oleh Hosni Mubarak di Mesir.  Rakyat sedang menggesa kerajaan Mesir supaya menghadapkan Hosni Mubarak kemuka pengadilan keatas kesalahan rasuah dan pembunuhan!

Berjuta-juta wang ditaburkan kepada rakyat sebagai rasuah supaya rakyat Sarawak mengundi BN.  Projek-projek bernilai berbillion ringgit diumumkan.  SPR menjadi ‘keldai tungganggan” BN, dengan melakukan pelbagai penipuan supaya keputusan akan berpihak kepada tuan mereka, iaitu BN! Puluhan ribu undi pos yang diputar-belitkan oleh SPR. Namun, semakin ramai rakyat memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.  Keyakinan mereka kepada Pakatan kini berada ditahap yang tinggi, dan di PRN yang akan datang, kita tidak hairan jika rakyat Sarawak menumbangkan kerajaan rasuah BN.

Keputusan ini menunjukkan Pakatan Rakyat sedang mara.  Rakyat dapat menerima Pakatan Rakyat sebagai Parti alternatif kepada BN yang sedang lusoh.  Buktinya ialah, parti-parti pembangkang dari negeri Sarawak sendiri, seperti SNAP dan PCM tidak diterima olen rakyat Sarawak.  Malah, presidan parti SUPP yang juga adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak,  Datuk George Chan dikalahkan oleh calon baru dari DAP.  I Malaysia yang dibawa oleh Najib, kini sedang tenggelam kedasar Laut China Selatan!

Walaupun, Pakatan Rakyat tidak memenangi PRN Sarawak kali ini, kemenangan di 15 kerusi DUN memberi nafas baru kepada Pakatan.  Semakin hari, kedudukan Pakatan nampak bertambah cerah dimana peluang BN  pula sedang kepenghujung riwayatnya.  Namun, Raja Petra kena tahu, rakyat Malaysia tidak beranggapan bahawa Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak mampu memerintah negara ini!

oleh sarong lama

Advertisements

3 thoughts on “Keputusan PRN Sarawak – Pakatan menang 15 DUN, Isu Video Seks, RPK Makan Tuan!

  1. Tahniah pakatan rakyat atas peningkata prestasi hanya masyarakat yang mundur dan luar bandar yang sokong BN dan BN memang suka masyarakat mundur agar pemikiran tak terb uka serta sokong setiap pilihanraya. Kalau pempimpin yang bijak dan ikhlas laksanakan amanah dan tak rasuah tak payah tunggu pilihanraya atau lebih 40 tahun nak bagi kemudahan asas seperrti air bersih, api, jalanraya, bina sekolah, masjid• Pengundi cina samada
    tinggal di bandar dan luar bandar memang bijak berbanding dgn pengundi lainxxxx

  2. alhamdulilah, titik perubahan telah dimulakan oleh rakyat Sarawak. Kita penduduk semenanjung harus meneruskan perubahan ini. apa sahaja isu yang dimainkan oleh BN sudah tidak diterima oleh Rakyat. BN dan PM sedang menghitung hari dan mengkaji langkah seterusnya untuk mengadakan pilihan raya umum 13. Kamatangan rakyat sekarang tidak boleh dibendung lagi oleh pemimpin BN. Lagi banyak mereka tipu dan putar belit, lagi banyak rakyat benci kepada mereka. Bagi BN dan pemimpinnya, kalau tak tipu rakyat tiada keuntungan,kalau jujur dengan rakyat lagi rugi.Apa lagi yang mereka harus lakukakan.TIPU TAK KENA< TAK TIPU PUN TAK KENA. Kesimpulannya, BN sudah tidak layak memerintah Malaysia. Ayuh Rakyat jelata, jom kita buat perubahan. Jangan biar diri anda dilanda malang lagi. Selamatkan Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s