Apakah Raja Petra Kamarudin Kini sudah ‘dibeli’ UMNO/BN?

Raja Petra Kamaruddin yang menjadi musuh no.1 TV3, mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila muncul dalam berita TV3, mempertahankan Najib dan Rosmah.  Apa sudah jadi, dunia sudah terbalik!

Sebenarnya, saya dari dulu, nampak Raja Petra sudah mula menyimpang.  Saya pernah menulis satu artikel pada bulan disember lepas mengenai perkara ini dan anda boleh membacanya dibawah ini nanti.  Apabila TV3  menginterviu seseorang, ini bermakna, umno/BN akan dapat keuntungan.  Apabila mana-mana adun atau MP Pakatan mula diinterviu oleh TV3, bermakna, tak lama lagi orang itu akan keluar dari pakatan dan menjadi ‘mesra umno/bn’.

Apakah sekarang, Raja Petra Kamarudin akan menjadi blogger ‘mesra Umno/BN’?  Apakah Umno/BN sudah dapat membeli Raja Petra seperti Gobalakrishnen, Zulkifli Nordin, Zahrain Hashim dan yang lain-lain?  Berapa besarkah habuan yang diterima Raja Petra agaknya?  Kita difahamkan Gobalakrishnen dapat membayar hutang-hutangnya yang bernilai ratusan ribu dalam sekelip mata sahaja, setelah muncul  dalam TV3 dan menyerang Anwar Ibrahim dan Pakatan.  Hee Yit Foong, Adun Jelapang, dikatakan memandu kereta mercedes baru setelah menjadi mesra Umno/BN!

Sekarang, Raja Petra berkata,  Anwar telah menipunya dalam temubualnya dengan  TV3.  Dia juga menyebut bahawa Anwar sudah hilang kredibiliti sebagai pemimpin pembangkang dan perubahan.  Jadi, kita tanya Raja Petra, siapakah sepatutnya memimpin gerakan perubahan di negara kita?  Zaid Ibrahim? Zahrain Hashim? Gobalakrishnan atau MCLM?  Atau beliau cuba memberi isyarat bahawa sebenarnya kita tidak perlukan ini semua! Cukuplah dengan gabungan yang sedia ada, ia itu, Rosmah suami Najib?  Kalau Raja Petra boleh mempertahankan Najib dan Rosmah yang pernah ditelanjangkan segala salahlaku mereka dulu, bukankah ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena?

Kebelakangan ini, kita melihat, tidak ada banyak isu-isu luarbiasa yang di bongkarkan didalam blog Malaysiatoday.  Apakah ini terjadi kerana tidak ada isu-isu berkaitan salahlaku Umno/BN atau memang Raja Petra tidak mahu membongkarkan lagi isu-isu seperti ini kerana sudah menerima habuan?

Dalam interviunya di TV3, beliau membongkarkan nama-nama dan bloggers yang telah menyampaikan maklumat-maklumat tertentu kepada beliau.  Kalau inilah cara Raja Petra membocorkan nama-nama pemberi maklumat kepada beliau, saya percaya, selepas ini, tidak ada orang yang akan berani  memberi sesuatu maklumat yang sulit kepada Raja Petra untuk disiarkan dalam blognya, Malaysiatoday.  Raja Petra sebelum ini pernah membocorkan siapakah orang yang telah menyampaikan maklumat tentang dokumen sulit SPRM dalam pendakwaan keatas Khir Toyo (iaitu YL Chong dari Malaysia Chronicles).

Kekuatan blog Malaysiatoday dan Raja Petra Kamarudin terletak  pada maklumat-maklumat rahsia dan penyelewengan tentang kerajaan umno/bn yang disiarkannya.  Kini kita percaya beliau tidak lagi akan diberikan sebarang maklumat rahsia oleh orang awam, kerana mereka takut,  suatu hari nanti, mungkin Raja Petra akan membongkarkan identiti sebenar pemberi maklumat dalam artikel yang disiarkan dalam webnya,  Mungkin juga ramai pemberi maklumat pada Raja Petra sebelum ini, sudah mula rasa gentar dan risau tentang Raja Petra!

Kenapa interviu ini disiarkan oleh TV3 betul-betul pada waktu PRN Sarawak diadakan, sama seperti mana Video seks Anwar juga ditayangkan pada waktu yang sama, iaitu sewaktu hampirnya hari penamaan calon PRN Sarawak?  Bukankah ini menunjukkan Raja Petra memang mempunyai peranan dalam menjatuhkan Pakatan pada PRN Sarawak? Yang anehnya, bagaimanakah Raja Petra boleh membenarkan Umno/BN mengunakannya semasa PRN Sarawak dijalankan.  Mana dia kredibliti Raja Petra sebagai seorang pejuang yang menentang arus perdana politik negara.  Sungguh memalukan!

Wahai penyokong dan pencinta perubahan di Malaysia, BOIKOT RAJA PETRA KAMARUDIN.  Jangan lagi melayari Malaysiatoday, kerana beliau tidak ada lagi  sesuatu yang baru untuk anda.  Baru-baru ini, apabila meletupnya video seks Anwar, bukan Raja Petra yang membongkarkan tentang Datuk T yang berada dibelakang penayangan video tersebut.  Apabila terbongkarnya kerjasama yang sudah wujud diantara BN dan SNAP, bukan Raja Petra yang membongkarkannya tetapi Sarawak Report!

Saya berharap seluruh pimpinan, penyokong perubahan dan orang awam, hendakalah berhati-hati dengan Raja Petra.  Raja Petra Kamarudin adalah pengkhianat rakyat Malaysia!

klik disini – Raja Petra Kamarudin & Haris Ibrahim Mahu Menyingkir PKR Dan Pakatan !

oleh saronglama

3 thoughts on “Apakah Raja Petra Kamarudin Kini sudah ‘dibeli’ UMNO/BN?

  1. WAJAH UMNO BN DI MTUC – MELAKAR PLOT IMEJ UMNO DALAM POLITIK NEGARA MELALUI POLITIK PEKERJA

    Khakid Atan (KA) & Halim Mansor (HM) merupakan budak suruhan Ex GS MTUC-Rajasekaran (RS). Segala gerak kerja KA & HM adalah dicaturkan oleh RS. Mereka bertiga mempunyai connection dgn kjaan UMNO kerana HM adalah ajk UMNO Malacca. Mereka juga menggunakan perantara UMNO iaitu bekas Setiausaha Execitive MASEU-Mustaffa Maarof (MM). Mustaffa Maarof yg juga bekas N.Presiden MTUC telah disingkirkan oleh MASEU kerana mengkritik & cuba menjatuhkan Presiden MASEU dgn melobi EXCO MASEU. MM juga mempunyai connection politik dgn pihak UMNO kerana beliau merupakan ajk UMNO N9. Selain itu MM turut active dlm gabungan Pengguna Islam (S/Usaha-persatuan pengguna pro UMNO yg dipelopori Nakhaie) & PERDANA PEACE Organisation (tajaan Mahathir).

    Usaha menumbangkan Team SS (Syed Shahir & Abdullah Sani-CLUB Union) bukan dilakukan dlm masa yg singkat. Ianya adalah perancangan lebih 3 tahun yg dipelopori UMNO kerana UMNO melihat suara pekerja semakin lantang dipelopori Syed Shahir dgn sokongan kuat Abdullah Sani yg juga MP Kuala Langat serta Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen. Umum mengetahui Team SS adalah team yg dipelopori 2 pemimpin parti PKR kerana Syed Shahir adalah Tim. Pengerusi PKR Selangor merangkap Ketua Cabang Kelana Jaya manakala YB Abdullah Sani adalah ahli Parlimen PKR yg lantang menentang dasar pemerintah yg menzalimi pekerja.

    Team SS asalnya mempunyai kekuatan yg cukup untuk memonopoli semua jawatan dalam pemilihan MTUC kerana perancangan yang cukup baik serta gerak kerja yang tersusun dengan sokongan kesatuan gabungan MTUC. Kekuatan Team SS diperkukuhkan dengan sokongan padu NUBE yg dikuasai J.Solomon (setiausaha). NUBE amat terhutang budi kepada Team SS kerana team tersebut berjaya membantu NUBE ketika berlaku perpecahan dalam Kesatuan NUBE suatu ketika dahulu.
    Team KH dan cabinet bayangannya menyedari halangan amat besar bagi mereka untuk berdepan dengan Team SS. Untuk itu mereka telah mendapatkan kerjasama orang perantara-Mustafa Maarof bagi menjalankan gerak kerja fasa kedua iaitu menyerang balas benteng Team SS. Mustafa Maarof dalam masa sama dengan liciknya menghubungi Jaafar Majid (NUTE) bagi mengujudkan pakatan yang lebih besar bagi mengekang pengaruh Team SS. Difahamkan Jaafar Majid telah membayar sejumlah wang melebihi RM10 ribu untuk mendapatkan khidmat Mustafa Maarof selaku kempen Manager. Jaafar Majid menyedari adalah sukar untuknya menang jawatan Timb Presiden MTUC kerana beliau bukanlah sepopular Shafie B.P Mammal (bekas Presiden NUTE) yg merupakan bekas Tim.Presiden NUTE dan terlibat active diperingkat antarabangsa dalam UNI International yg juga merupakan seteru kepada Jaafar Majid. Pertelagahan antara Jaafar Majid dan Shafie B.P Mammal bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia dalam Kesatuan Telekom. Oleh kerana berlaku pertelagahan tersebut maka Jaafar Majid telah mengedarkan surat kepada semua badan gabungan MTUC dengan memaklumkan NUTE keluar dari Gabungan UNI International. Jaafar Majid yang agak low profile dalam approach untuk pemilihan MTUC telah mengambil sikap menyepi apabila dinamakan sebagai calun Setiausaha Kewangan dalam Team KH. Sikap low profile ini adalah satu perancangan yang diaturnya supaya beliau dapat ditawarkan ke jawatan Tim. Presiden oleh kumpulan KH. Strategi berikutnya dari Jaafar adalah dengan berpura-pura menyokong kumpulan SS dengan tidak menghadiri beberapa perjumpaan dengan Team KH. Team KH tidak ada pilihan lain apabila Mustafa Maarof berjumpa dengan Rajasekaran untuk menyokong Jaafar sebagi calun Tim.Presiden. Maka tercapailah hasrat Jaafar untuk dicalunkan sebagai Tim. Presiden MTUC melalui Team KH.
    Tugasan Mustaffa Maarof masih belum selesai jika Jaafar dan Team KH belum confident untuk menang mengatasi Team SS. Satu perjumpaan telah diatur dengan ahli politik UMNO di Lake Club, Tasik Perdana untuk merencanakan perancangan berikutnya. Tim. Menteri UMNO telah memberI isyarat jelas kepada Team KH supaya mempengaruhi J.Solomon menyokong Team KH. Apa juga tindakan yang perlu hendaklah diusahakan asalkan matlamat UMNO BN untuk melihat tersungkurnya Team SS yg juga dikenali sebagai Team PKR tercapai. Mustaffa Maarof telah berjumpa dengan J.Solomon dan berbincang dengannya caramana untuk memastikan Team SS tewas. Apakah sebabnya J.Solomon mengubah arah dari menyokong kuat Team SS kepada sokongan untuk Team KH? J.Solomon mempunyai terlalu banyak masalah berkaitan dengan kes-kes mahkamah.

    J.Solomon juga sedang menghadapi masalah tentangan dari MAYEU (Maybank Union) yang ingin menubuhkan in house union. Kedudukan J.Solomon dalam NUBE banyak bergantung pada keputusan mahkamah terhadap kes-kes yang dihadapinya termasuk status dirinya dan beberapa ahli kumpulannya yang dibuang kerja oleh pihak bank kerana terlibat dalam insiden piket. Mustaffa Maarof telah mengusahakan komitmen dari piahk Putrajaya supaya kes-kes J.Solomon akan diuruskan oleh mereka dengan syarat NUBE memberikan sokongan kepada Team KH.

    Team SS berada dalam delima bila J.Solomon dengan tiba-tiba menarik diri dari Team SS dan memberikan alasan untuk bertanding jawatan Setiausaha Agong atas desakan EXCO nya. Sebenarnya J.Solomon bukan berhasrat untuk menang tetapi beliau berperanan sebagai pemecah undi kepada Team SS bagi memastikan survivalnya dalam NUBE dapat dikekalkan dengan bantuan Putrajaya. Perancangan UMNO BN ini dapat dikesan dengan ketara bila Khalid Atan berjumpa dengan J.Solomon dan berbincang bersama Rajasekaran seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Dalam perbincangan tersebut hasrat J.Solomon untuk menang jawatan Setiausaha Agong bukanlah agenda utamanya tetapi agenda khasnya adalah untuk membincangkan strategi memecahkan undi untuk jawatan Setiausaha Agong. Mereka membuat percaturan bagi memastikan ujud pertandingan 3 penjuru bagi jawatan Setiausaha Agung iaitu antara Halim Mansor, J.Solomon dan YB Abdullah Sani. J.Solomon juga ditugaskan untuk mendapatkan sokongan dari GLC Union yang dikepalai Shafie B.P Mammal bersama Mustaffa Maarof.

    Apabila berita J.Solomon keluar dari Team SS tersebar, maka Shafie B.P Mammal telah menghubungi semua GLC Union bagi menetapkan kumpulan mana yang perlu disokong. Untuk rekod Shafie B.P Mammal tewas kepada Syed Shahir pada pemilihan 3 tahun lalu dan peluang bergabung dengan J.Solomon yang secra tidak lansung mempunyai kaitan dengan Team KH adalah semata-mata bagi memastikan Syed Shahir tewas dan dendam lama berbalas.
    Antara ahli kumpulan GLC Union adalah Razak (RUM) yg merupakan Union keretapi. Razak RUM tidak bersetuju dengan Team KH kerana bercanggah prinsip dan Team KH sendiri telah memiliki calun Tim.Presiden iaitu Jaafar Majid. Bagaimanapun untuk mencapai kemenangan selaku calun Tim.Presiden Razak RUM memerlukan sokongan NUBE melalui J.Solomon. Razak RUM juga tertarik untuk memberikan sokongan kepada beberapa jawatan tertentu kepada kumpulan KH dan SS. Razak RUM bertindak selaku opportunist yang cuba memanipulasi keadaan perpecahan yang ujud bagi memenangi jawatan Tim. Presiden. Menyedari isu bangsa adalah paling mudah untuk melonjakkan jumlah undian, maka Razak telah meniupkan undi melayu untuk melayu agar belaiu boleh menang jawatan Tim.Presiden. Seperkara yang agak pelik adalah Razak RUM telah 6 tahun tidak membayar yuran gabungan MTUC dan tiba-tiba membuat bayaran dalam jumlah tunggakan yang besar sekaligus bagi memenuhi syarat untuk bertanding. Dimanakah RUM menperolehi kewangan dan adakah terdapat sumber kewangan yang membantunya? Razak RUM juga diketahui mempunyai contact yang baik dengan bekas Presiden MTUC- Dato Zainal Rampak (Transport Woirker Union-TWU).

    Hasil dari strategi bersama dengan Mustaffa Maarof, pertemuan telah diatur dengan Dato Zainal Rampak untuk perancangan seterusnya. Zainal Rampak sememangnya bekas penyokong UMNO yang pernah dilantik sebagai Senator semasa menjadi Presiden MTUC. Beliau tewas kepada Syed Shahir 6 tahun lalu. Zainal Rampak juga membuat bayaran tertuggak 6 tahun kepada MTUC untuk melayakkan TWU menghantar perwakilan dalam Pemilihan MTUC.
    Gabungan Team KH (Rajasekaran) yang turut disertai Mustaffa Maarof (agen UMNO), Kesatuan GLC yang dipimpin Shafie B.P Mammal, J.Solomon NUBE, Razak dan Zainal Rampak telah digerakkan untuk ‘membungkus’ Team SS. Tidak cukup dengan strategi yang diatur, pakatan jahat UMNO ini telah menyusup masukkan 2 ahli kumpulan mereka iaitu Zainal (Lembaga Air Perak) dan Helimi (KWSP Union) ke dalam Team SS. Zainal dan Helimi turut dinamakan oleh kedua-dua kumpulan dalam senarai Team masing-masing walaupun diperingkat awal hanya Team SS sahaja yang menamakan mereka.

    Team KH juga sebenarnya cuba mendapatkan bantuan kewangan dari YB Khairy Jamaluddin (Pemuda UMNO) ketika membuat penganjuran bersama Program Gaji Minima antara MTUC dan Pemuda BN di hotel Putra. Difahamkan sumber bantuan kewangan dari Khairy telah ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di Putrajaya untuk disalurkan ke Team KH melalui Zainal Rampak. MTUC juga kini dijanjikan gran pendidikan berjumlah 7 juta oleh BN atas kejayaan menumbangkan pengaruh PKR.
    Perancangan licik UMNO BN jelas dibuktikan melalui kata-kata azimat dari Presiden UMNO seperti yang dilaungkannya semasa Persidangan Perwakilan UMNO- at whatever cost..we must defend Putrajaya. Tidak hairan jika Team SS kalah untuk jawatan utama jika Putrajaya menjadi tulang belakang bersama segala macam haiwan dan monster berada dalam gerakan melumpuhkan pengaruh PKR di MTUC! Persoalannya adakah nasib pekerja akan dibela atau terus tertindas dibawah bayangan UMNO BN di MTUC? Kemenangan Team SS juga akan memberikan imej bahawa MTUC kini telah dibebaskan dari pengaruh PKR dan UMNO BN boleh membuat kenyataan – MTUC MENOLAK PKR kerana pimpinan MTUC yang ada adalah pro UMNO BN. Berita terkini menjelaskan Presiden MTUC yang baru Khalid Atan telah berjaya mendapat contract yang diusahakan oleh Dato Noh Omar. Malahan bekas Setiausaha Agung MTUC-Rajasekaran disahkan telah menerima habuan besar berupa permit membawa masuk warga kerja asing ke Negara ini. Setiausaha Agung yang baru –Halim Mansur mungkin akan menambah koleksi dari 11 buah kereta termasuk 4×4 BMW yang dimilikinya kini ke beberapa buah lagi kereta selepas ini. Isteri yang kini 2 orang boleh ditambah ke angka tiga ataupun 4…………….

    Sekali lagi Negara akan menyaksikan nasib pekerja digadaikan oleh mereka yang tidak berprinsip dan mengejar kemewahan hidup diatas nama perjuangan pekerja!

    Malang sungguh nasib pekerja Negara bila perwakilan ke Persidangan pekerja bertukar mengamalkan ajaran RM perwakilan UMNO……RM pilihan kami……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s