PRN Sarawak – Apakah Raja Petra Kamarudin Kini sudah ‘dibeli’ UMNO/BN?

Raja Petra Kamaruddin yang menjadi musuh no.1 TV3, mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila muncul dalam berita TV3, mempertahankan Najib dan Rosmah.  Apa sudah jadi, dunia sudah terbalik!

Sebenarnya, saya dari dulu, nampak Raja Petra sudah mula menyimpang.  Saya pernah menulis satu artikel pada bulan disember lepas mengenai perkara ini dan anda boleh membacanya dibawah ini nanti.  Apabila TV3  menginterviu seseorang, ini bermakna, umno/BN akan dapat keuntungan.  Apabila mana-mana adun atau MP Pakatan mula diinterviu oleh TV3, bermakna, tak lama lagi orang itu akan keluar dari pakatan dan menjadi ‘mesra umno/bn’.

Apakah sekarang, Raja Petra Kamarudin akan menjadi blogger ‘mesra Umno/BN’?  Apakah Umno/BN sudah dapat membeli Raja Petra seperti Gobalakrishnen, Zulkifli Nordin, Zahrain Hashim dan yang lain-lain?  Berapa besarkah habuan yang diterima Raja Petra agaknya?  Kita difahamkan Gobalakrishnen dapat membayar hutang-hutangnya yang bernilai ratusan ribu dalam sekelip mata sahaja, setelah muncul  dalam TV3 dan menyerang Anwar Ibrahim dan Pakatan.  Hee Yit Foong, Adun Jelapang, dikatakan memandu kereta mercedes baru setelah menjadi mesra Umno/BN!

Kebelakangan ini, kita melihat, tidak ada banyak isu-isu luarbiasa yang di bongkarkan didalam blog Malaysiatoday.  Apakah ini terjadi kerana tidak ada isu-isu berkaitan salahlaku Umno/BN atau memang Raja Petra tidak mahu membongkarkan lagi isu-isu seperti ini kerana sudah menerima habuan?

Dalam interviunya di TV3, beliau membongkarkan nama-nama dan bloggers yang telah menyampaikan maklumat-maklumat tertentu kepada beliau.  Kalau inilah cara Raja Petra membocorkan nama-nama pemberi maklumat kepada beliau, saya percaya, selepas ini, tidak ada orang yang akan berani  memberi sesuatu maklumat yang sulit kepada Raja Petra untuk disiarkan dalam blognya, Malaysiatoday.  Raja Petra sebelum ini pernah membocorkan siapakah orang yang telah menyampaikan maklumat tentang dokumen sulit SPRM dalam pendakwaan keatas Khir Toyo (iaitu YL Chong dari Malaysia Chronicles).

Kekuatan blog Malaysiatoday dan Raja Petra Kamarudin terletak  pada maklumat-maklumat rahsia dan penyelewengan tentang kerajaan umno/bn yang disiarkannya.  Kini kita percaya beliau tidak lagi akan diberikan sebarang maklumat rahsia oleh orang awam, kerana mereka takut,  suatu hari nanti, mungkin Raja Petra akan membongkarkan identiti sebenar pemberi maklumat dalam artikel yang disiarkan dalam webnya,  Mungkin juga ramai pemberi maklumat pada Raja Petra sebelum ini, sudah mula rasa gentar dan risau tentang Raja Petra!

Kenapa interviu ini disiarkan oleh TV3 betul-betul pada waktu PRN Sarawak diadakan, sama seperti mana Video seks Anwar juga ditayangkan pada waktu yang sama, iaitu sewaktu hampirnya hari penamaan calon PRN Sarawak?  Bukankah ini menunjukkan Raja Petra memang mempunyai peranan dalam menjatuhkan Pakatan pada PRN Sarawak? Yang anehnya, bagaimanakah Raja Petra boleh membenarkan Umno/BN mengunakannya semasa PRN Sarawak dijalankan.  Mana dia kredibliti Raja Petra sebagai seorang pejuang yang menentang arus perdana politik negara.  Sungguh memalukan!

Wahai penyokong dan pencinta perubahan di Malaysia, BOIKOT RAJA PETRA KAMARUDIN.  Jangan lagi melayari Malaysiatoday, kerana beliau tidak ada lagi  sesuatu yang baru untuk anda.  Baru-baru ini, apabila meletupnya video seks Anwar, bukan Raja Petra yang membongkarkan tentang Datuk T yang berada dibelakang penayangan video tersebut.  Apabila terbongkarnya kerjasama yang sudah wujud diantara BN dan SNAP, bukan Raja Petra yang membongkarkannya tetapi Sarawak Report!

Saya berharap seluruh pimpinan, penyokong perubahan dan orang awam, hendakalah berhati-hati dengan Raja Petra.  Raja Petra Kamarudin adalah pengkhianat rakyat Malaysia!

klik disini – Raja Petra Kamarudin & Haris Ibrahim Mahu Menyingkir PKR Dan Pakatan !

oleh saronglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s