PRK DUN Merlimau – Ali Rustam – Dulu Rasuah Politik Wang, Kini, Salahguna Wang Zakat RM13.85 Juta!

Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam, menjadi terkenal kerana terlibat dalam rasuah dan politik wang dalam UMNO.  Kini, beliau dikaitkan dengan salahguna duit zakat berjumlah rm13.85 juta. Kenapakah Umno masih menjadikan perasuah dan perompak sebagai menteri mereka?

Petikan dari Harakahdaily:-

JASIN, 1 Mac: PAS Melaka mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengotakan janjinya untuk tidak “pilih bulu” dalam siasatan berhubung dakwaan salah guna wang zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (Maim) oleh kerajaan negeri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari memberitahu, beliau telah dipanggil SPRM semalam untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dibuat Rabu lalu mengenai perkara itu.

Beliau memberi keterangan beserta bukti-bukti kepada SPRM dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari semalam.

Adly berkata, selepas mengambil semua keterangannya, pihak SPRM berjanji untuk menyiasat secara menyeluruh tanpa mengira jawatan mengenai dakwaan salah guna wang zakat berjumlah RM13.85 juta itu, termasuk menyiasat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Janji daripada SPRM, mereka  akan telus untuk siasat dakwaan ini, tak pilih bulu dan akan siasat dari atas sampai ke bawah.

“Jadi harap SPRM dapat kotakan janji. Saya sendiri akan pergi ke SPRM dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan siasatan yang dibuat,” kata beliau pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Merlimau, dekat sini, hari ini.

Laporan yang dibuat itu membabitkan empat perkara iaitu penggunaan wang zakat RM13.85 juta oleh kerajaan negeri, penyerahan hak milik tanah Maimn kepada Regal Merger Sdn Bhd (RMSB) walaupun kontrak telah tamat, penjualan tanah oleh RMSB kepada pihak ketiga dan keengganan Maim mengambil tindakan terhadap RMSB.

Kegagalan Ali Rustam sebagai pengerusi Maim menguruskan tanah berkenaan telah mengakibatkan kerugian kepada Maim.

Projek pembangunan secara usahasama dengan RMSB telah gagal kerana RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada bulan Jun 2004.

Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usahama ini telah mengakibatkan Maim mendahulukan wang zakat untuk membina kpmpleksnya.

-oleh sarunglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s