Rejim Najib Sama Seperti Rejim Hosni Mubarak Dan Muammar Gadafi?

Apa bezanya rejim Umno/BN dengan rejim Hosni Mubarak di Mesir, Muammar Gadafi di Libya dan Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia? Mereka semua sebenarnya sama saja, iaitu,  menekan inspirasi rakyat dan demokrasi!

Baru saja, semalam, rejim Najib telah menangkap penunjuk-penunjuk  perasaan dan menghalang demonstrasi secara aman di Kuala Lumpur.  Uthaya Kumar serta 108 lagi penunjuk perasaan di tahan semasa mereka mengadakan demonstrasi secara aman membantah novel interlok di ibu negara.  Rejim kuku besi Najib sama seperti rejim Muammar Gadafi di Libya!

Di Mesir, Libya, dan Tunisia, diktator-diktator disana menghalang sebarang jenis demonstrasi atau bantahan umum menentang rejim itu diadakan.  Akhbar, Radio dan TV dinegara-negara tersebut semuanya dipaksa berpihak kepada pemerintah seperti di Malaysia.  Polis digunakan sepenuhnya demi survival rejim-rejim diktator ini.  Suruhanjaya Pilihanraya di rejim tersebut adalah kuli-kuli yang diupah supaya senantiasa menjamin kemenangan diktator-diktator bangsat ini!  Di Malaysia, berbagai akta diwujudkan bagi menakutkan rakyat yang inginkan kebebasan seperti akta ISA, akta hasutan, akta penerbitan dan percetakkan, sama seperti yang dilakukan rejim-rejim diktator di Asia Barat!

Jadi, sebenarnya, tiada apa-apa yang berbeza, jika dibanding diantara diktator-diktator direjim Asia Barat dengan pemerintahan kuku besi oleh rejim Umno/BN di Malaysia. Rejim-rejim di Asia Barat telah menguasai negara-negara mereka, berpuluh-puluh tahun lamanya dan memerintah secara kuku besi.  Bukankah rejim Umno/BN juga telah menguasai negara ini selama berpuluh-puluh tahun sejak merdeka sama seperti rejim-rejim di Asia Barat, tanpa kebebasan bersuara?

Wahai pengundi-pengundi di DUN Kerdau dan DUN Merlimau, saya tidak meminta anda semua bangkit seperti rakyat Mesir, Libya dan Tunisia dan menjatuhkan rejim Umno/BN seperti disana.  Tetapi, memadailah sekiranya tidak memberi undi anda kepada rejim yang menindas serta memeras rakyat.  Pastikan supaya rejim Muammar Gadafi di Malaysia tidak akan berkuasa lagi selepas PRU ke13!

oleh sarunglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s