PRK DUN Tenang – UMNO Terbukti Pengkhianat Bangsa, Menderhakai Raja Melayu Di DUN Selangor !

Umno, Perkasa, GAPS membantah sidang khas

Pengundi-pengundi Melayu di DUN Tenang mestilah mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku disidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini, apabila UMNO  tanpa sebarang ragu telah membuktikan, merekalah sebenarnya pengkhianat bangsa Melayu dan menderhakai Sultan Melayu!

Kesemua 20 ADUN Umno/BN tidak memberi sokongan mereka untuk meminda perlembagaan negeri supaya kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor diberi kepada DYMM Sultan Selangor serta Menteri Besar Selangor.  Ini bermakna mereka masih lagi menyokong undang-undang negeri yang digubal sewaktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri,  yang telah menghina serta merampas kuasa-kuasa yang ada pada DYMM Yang Dipertuan Agong, sultan-sultan dan Raja-Raja melayu pada tahun 1993.

Umno kena ingat, Sultan-Sultan serta Raja-Raja melayu adalah lambang kewujudan bangsa serta kepimpinan melayu dinegara ini.  Adalah menjadi suatu penghinaan kepada sultan, apabila Umno, yang kononya adalah satu-satunya pembela bangsa melayu di Malaysia, membantah cadangan MB Selangor supaya kuasa dikembalikan kepada DYMM Sultan Selangor untuk melantik Setiausaha Kerajaan negeri baginda sendiri!

Kemanakah  menghilangnya ‘baruah’ Umno, iaitu NGO Perkasa, yang kononnya mempertahankan bangsa melayu?  Alangkah malunya kita, kerana, Perkasa yang sepatutnya mempertahankan sultan melayu, rupa-rupanya, bersama-sama dengan satu lagi NGO yang menjadi ‘keldai’ Umno,  iaitu GAPS, mengadakan demonstrasi membantah sidang khas negeri Selangor diperkarangan Dewan Undangan Negeri Selangor semasa pindaan perlembagaan negeri Selangor sedang dijalankan!  Bukankah pelik, mereka yang sepatutnya mempertahankan kesultanan melayu sedang membuat bantahan supaya DYMM Sultan tidak diberikan kuasa keatas sesuatu perlantikkan dinegeri baginda sendiri?

Pengundi melayu di DUN Tenang mesti mengajar pendehaka sultan serta pengkhianat bangsa melayu, iaitu UMNO.  Kalau anda masih memberikan undi anda kepada UMNO, bermakna anda sedang bersekongkol dengan pengkhianat bangsa anda sendiri!

oleh sarunglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s