Penamaan Calon PRK DUN Tenang – Pakatan Mempunyai Harapan Cerah Menangi DUN Tenang ?

Penamaan calon bagi PRK DUN Tenang selesai dengan pertandingan satu lawan satu diantara calon PAS dan Pakatan Rakyat, cikgu Normala Sudirman lawan Mohd Azahar Ibrahim dan Umno/BN.  Walaupun ada ura-ura beberapa orang calon bebas akan bertanding, tetapi akhirnya hanyalah calon Pakatan lawan Umno.

Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik kalau dilihat dari sudut keadaan dan suasana negara dimasa kini.

Calon PAS, cikgu Normala Sudirman adalah seorang calon yang aktif menjalankan banyak kerja-kerja membantu warga peneroka dan masyarakat yang kurang berkemampuan.  Ini bermakna Normala bukanlah seorang yang tidak dikenali di DUN Tenang.  BN juga akan kurang menyerang peribadi Normala kerana beliau adalah seorang wanita berbanding calon-calon lelaki yang pernah mewakili Pakatan dalam PRK sebelum ini.

DUN Tenang adalah suatu kawasan campur dimana jumlah pengundi melayu dan bukan melayu adalah hampir sama.  Pengundi melayu berjumlah hampir 48% dimana pengundi cina pula ialah 39% dan India 12%.  Keadaan ini sepatutnya memberi kelebihan paling besar kepada pakatan rakyat.  Dalam mana- mana PRK yang diadakan sebelum ini, apabila wujudnya komposisi kaum seperti ini, Pakatan Rakyat selalunya menang  dengan mudah!  Tapi, apakah ini boleh berlaku di Johor?

Dun Tenang berada dalam kawasan Parlimen Labis.  Parlimen Labis adalah kawasan Datuk Chua Soi Lek, Presiden MCA.  Anak beliau, YB Chua Tee Yong adalah ahli Parlimen Labis.  Tetapi, skandal sex Chua Soi Lek masih menghantui beliau di DUN Tenang.  Dikhabarkan video skandal sex beliau diedarkan secara meluas di DUN Tenang dimana edarannya dipercayai dilakukan oleh ahli-ahli MCA sendiri yang tak berpuas hati dengan Chua Soi Lek.  Ini sebenarya adalah satu kelebihan kepada Pakatan kerana pemimpin-pemimpin BN adalah terdiri dari mereka yang tiada akhlak seperti juga presiden mereka, Najib, yang terlibat dalam berbagai bentuk skandal!

Dikalangan pengundi di perkampungan Felda juga dilihat positif kepada Pakatan berbanding sewaktu pilihanraya umum 2008.  PAS telah berjaya memberi impak dikawasan-kawasan Felda.  PAS telah membentuk NGO seperti ANAK yang dipimpin pemimpin PAS, Mazlan Aliman, telah membongkarkan pelbagai salahlaku dan penipuan yang dilakukan oleh pengurusan Felda terhadap peneroka.  ANAK telah membantu peneroka memfailkan beberapa kes penipuan oleh Felda serta mendapatkan ganti-rugi bagi pihak mereka melalui mahkamah.

Selain itu, isu pembangunan di kawasan terbabit yang dianggap berkembang dengan tidak sekata dengan meninggalkan kawasan-kawasan Felda dan di pedalaman berbanding kawasan-kawasan di sekitar pekan Labis juga memberi kelebihan kepada PAS. Keadaan yang telah berlarutan semenjak 53 tahun ini telah memaksa penduduk-penduduk di beberapa Felda terpaksa menunggang motorsikal sejauh 20 km semata-mata untuk membeli petrol dan beberapa barangan keperluan lain yang tidak terdapat di kedai-kedai runcit di Felda terbabit.

Harga barang keperluan harian yang naik dengan mendadak sekarang ini akan memberi kesan kepada format aliran undi kepada calon-calon yang bertanding.  Kita percaya pengundi-pengundi di DUN Tenang juga sedang  merasai keperitan hidup seperti mereka-mereka yang tinggal dibandar terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.  Selagi pengundi di DUN Tenang dan pengundi diseluruh Malaysia pada amnya, masih memberi undi mereka kepada Umno/BN, selagi itulah rakyat negara kita akan terus menderita!  Pemimpin-pemimpin Umno/BN yang kaya-raya, hidup selesa serta tinggal dimahligai-mahligai yang mewah, yang mungkin hanya boleh dimimpi sahaja oleh rakyat biasa, tidak akan dapat memahami dan merasai keperitan hidup yang dilalui oleh rakyat Malaysia!

Namun, ada beberapa faktor lain yang boleh membantutkan keadaan positif Pakatan di DUN Tenang.  Rasuah yang berleluasa di DUN Tenang yang dilakukan oleh Umno/BN boleh memberi kesan kepada undi yang diterima calon PAS.  Najib mengumumkan berbilion RM kepada peneroka Felda dalam bentuk bantuan.  Berbagai program dianjurkan oleh Umno dan komponen BN lain yang berbentuk rasuah.  Umno/BN sudah mula mengedarkan wang tunai berjumlah jutaan RM kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang!

Tetapi, pengundi-pengundi di DUN Tenang mesti berfikir tentang masa depan mereka dan anak-cucu mereka.  Umno/BN sudah reput dari dalam.  Mereka akan bangkrapkan negara tercinta ini, sekiranya rakyat Malaysia terus memberikan sokongan kepada mereka.  Saya harap pengundi DUN Tenang dapat berfikir secara waras dan matang dan akan memberi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui peti undi pada tanggal 30 January, 2011!

oleh saronglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s