PRK DUN Pelabuhan Kelang – Badrul Hisham – Awal-awal Lagi, ‘Alat’ Umno/BN, SPR, Bayangkan tidak Akan Ada Pilihanraya !

Malaysiakini melaporkan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah membayangkan Suruhanjaya Pilihan raya akan mengkaji dahulu perisytiharan speaker DUN Selangor bagi kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Kelang.

Sebelum itu, Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah (gambar) menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Petikan dari Malaysiakini –

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim sepatutnya memaklumkan kepada SPR terlebih dahulu sebelum mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu.

“Kita akan teliti dan lihat undang-undang di Negeri Selangor, juga Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan tentang (sama ada)berlaku kekosongan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Aziz berkata SPR akan membuat kenyataan selanjutnya selepas menerima makluman rasmi daripada Teng.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengisytiharan oleh Teng hari ini bahawa kerusi DUN itu sebagai kosong berkuatkuasa 16 Jan lalu berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, yang memenangi kerusi itu sebagai calon PKR, telah keluar dari parti itu pada 29 Okt 2009.

Adalah jelas bahawa satu pilihanraya kecil di DUN Pelabuhan Kelang tidak mungkin diadakan.  Sudah menjadi perkara biasa, apabila negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mengisytiharkan kekosongan dimana-mana DUN (kecuali dalam kes kematian seseorang ADUN), SPR yang menjadi kuda tunggangan Umno/BN, akan cuba memanupulasi keadaan supaya dapat mengelak pilihanraya kecil diadakan.

Ini adalah kerana pada kebiasaannya, kedudukan Pakatan Rakyat lebih kuat dari Umno/BN disesuatu kawasan kekosongan itu.  SPR sebagai keldai belaan Umno/Bn akan memastikan pilihanraya kecil tidak diadakan supaya ‘bos’ mereka tidak dimalukan kerana kemungkinan besar parti ‘bos’ mereka akan kecundang!

Speaker DUN Kedah pernah mengisytiharkan kekosongan di DUN Kota Siputeh yang kemudiannya dibatalkan oleh SPR walaupun setelah itu Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kekosongan itu adalah sah mengikut perlembagaan negeri Kedah.

Pada 17 Ogos 2009, speaker DUN Kedah, Abdul Isa menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan bahawa kerusi Dun Kota Siputeh kosong kerana Abu Hassan gagal menghadirkan diri ke Sidang Dun dua kali berturut-turut, iaitu pada 9 April dan 9 Ogos. Fasal 51 Undang-Undang Tubuh Negeri menetapkan kerusi mana-mana wakil rakyat yang tidak hadir tanpa keizinan Speaker untuk dua mesyuarat berturut-turut diisytiharkan kosong.

Namun, sampai hari ini, SPR belum lagi mahu mengadakan pilihanraya kecil di DUN tersebut.  Kita sedar SPR berbuat demikian adalah kerana Umno/BN takut kerusi BN itu akan terlepas kepada Pakatan Rakyat sekiranya pilihanraya kecil diadakan!

Begitu juga di Perak apabila speaker DUN Perak dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, V. Sivakumar telah mengiisytiharkan kekosongan kerusi DUN yang diwakili tiga ekor katak yang keluar dari Pakatan dan menjadi mesra BN, SPR telah membatalkan perisytiharaan itu kerana takut kerusi-kerusi tersebut akan dimenangi semula oleh Pakatan Rakyat sekiranya pilihanraya kecil diadakan dan akan terbantutlah usaha rampasan kuasa oleh ‘bos’ mereka di Perak.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.  SPR kata merekalah yang akan menentukan kekosongan yang berlaku. Betul-betul  pelik!

Kalau diteliti jawapan yang diberikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya  Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tentang kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Kelang, jelas SPR sudah pun menerima arahan dari Umno/BN.  Umno/BN cukup takut kepada pilihanraya kecil di DUN Pelabuhan Kelang kerana Pakatan menang kerusi tersebut dengan majoriti yang besar pada PRU ke12, 2008.  Calon PKR (kini Umno), Badrul Hisham Abdullah mendapat 12,397 undi manakala calon Umno, Roselinda Abd Jamil mendapat 7,990 undi dan calon bebas, Nazir bin Mansor mendapat 580 undi.  Calon PKR menang dengan majoriti 4,407 undi.

Dengan ini kita percaya SPR akan bekerja keras demi untuk menghalang sebarang pilihanraya kecil diadakan di DUN Pelabuhan Kelang supaya kerusi ini tidak akan terlepas kembali ketangan Pakatan.  Namun, DUN Selangor boleh terus berpegang bahawa kerusi DUN tersebut sudah kosong dan menghalang Badrul Hisham dari terus menghadiri sidang DUN!

– oleh decapucino

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s