UMNO/BN Menipu Lagi – Allahyarham Tun Abdul Razak Bukan Pengasas Felda !

KUALA LUMPUR 13 Dis – 29 juta rakyat Malaysia khususnya 22,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dan 3 juta ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno Baru) tentunya akan merasa amat terkejut dan sukar menerima fakta ini – Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak Hussein BUKAN pengasas Felda.

Selama lebih 50 tahun, Umno telah menipu rakyat negara ini dengan menyelewengkan sejarah sebenar penubuhan Felda dengan mengatakan agensi tersebut telah ditubuhkan oleh Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia dan juga ayah kepada Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib dan dengan hujah kaitan itu maka Umnolah yang berperanan besar menubuhkannya.

Malah Najib menggunakan alasan ini untuk meletakkan Felda di bawah jagaannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004.

Najib juga pernah menyatakan seolah-olah beliau mewarisi tanggungjawab untuk membela peneroka Felda dari ayahnya.

Semalam semasa merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 di Putrajaya, Najib melabelkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.

Sebelum ini lidah rasmi Parti Keadilan Rayat, Suara Keadilan di saman sebanyak RN200 juta oleh Felda berhubung artikel ‘Felda Bankrap’ yang disiarkan dalam akhbar itu Mei lalu.

Susulan itu juga Kementerian Dalam Negeri enggan memperbaharui permit penerbitannbya apabila ia tamat tempoh pada 30 Jun lepas.

Penyelidikan Suara Keadilan membongkarkan idea asal penubuhan Felda sebenarnya datangnya daripada penjajah Inggeris di Malaya ketika itu.

Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina.DRS

“Dasar awal berkaitan dengan idea perlaksanaan skim penempatan lebih menjurus kepada isu pemberontakan dan pengawalan. Ia digunakan sebagai satu instrumen melawan pemberontakan melalui kewujudan kampung baru dan lain-lain tanah rancangan yang sama. skim tanah rancangan tidak ada bezanya dengan kerangka asas ini, malah ia menjadi idea untuk meluaskan penempatan di kawasan hutan yang belum diterokai atas tema pembangunan ekonomi dan tanah.

“Sejak mula dasar ini diterimapakai, sebahagian besar daripada peranan membangunkan tanah dan penempatan semula populasi dimonopoli oleh
FLDA,” kata Dr Samarudin.

Perkara ini didedahkan dalam artikel penyelidikan beliau bertajuk “Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia” yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.

Artikel tersebut menjadi sebahagian daripada tesis sarjana beliau ketika Dr Samarudin bertugas sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel itu menyebut susulan daripada laporan “International Bank for Reconstruction and Development Mission” pada 1954, kerajaan kolonial Inggeris telah menggubal Rancangan Malaya Pertama (RMP) (1956-1960) yang telah dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Didalam RMP telah dinyatakan cadangan berhubung mewujudkan skim tanah rancangan.

“Satu altenatif yang kita fikirkan ialah mengadaptasi skim penanaman kapas Gezira di Sudan…sebuah skim dirancangkan seperti ini menjamin kelebihan pengurusan penanaman secara efisien dan pemasaran secara besar-besaran dan pada masa yang sama mengelakkan terjerumus dalam kelemahan sistem perladangan. Adalah jelas modifikasi terhadap skim penanaman kapas di Sudan adalah perlu untuk disesuaikan dengan penanaman padi dan lain-lain skim di Malaya. ‘Mission’ bagaimanapun yakin bahawa skim rancangan seperti ini wajar untuk dipertimbangkan,” menurut laporan bank tersebut.

Selepas beberapa siri perbincangan mendalam, Ordinan Persekutuan (Federal Ordinance) telah digubal pada julai 1956 untuk menggerak skim tanah rancangan sebagai satu dasar kerajaan.

Satu jawatankuasa (Working Party) telah ditubuhkan untuk mengalas tanggungjawab ini dengan mengambil kira antara lain keperluan bantuan daripada kerajaan bagi membangunkan tanah rancangan di negeri-negeri serta mengkaji aspek kewangan dan pentadbiran orginasasi yang paling sesuai untuk melaksanakannya.

“Kajian jawatankuasa tersebut mendapati keperluan yang mendesak dan oleh itu ia mencadangkan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FLDA) sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuka tanah rancangan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.

“Objektif utama FLDA ialah memudahkan  pembangunan dan rancangan kawasan baru, menyediakan pengurusan dan pemantauan komuniti baru di tanah rancangan, menyediakan kemudahan asas dan memastikan pembangunan lestari tanah rancangan,” kata Dr Samarudin dalam artikelnya.

Hasilnya, projek tanah rancangan Lembah Bilut di Pahang menjadi realiti pada 1958.

RMP mensasarkan sebanyak 36 tanah rancangan yang meliputi kawasan penanaman getah seluas 150,000 ekar dengan 14,000 keluarga namun FLDA hanya mampu melaksanakan 25 tanah rancangan yang menempatkan 1,694 keluarga di atas tanah seluas 19,600 ekar.

Ketika dihubungi Dr Samarudin berkata berdasarkan kajian beliau 32 tahun dahulu, Najib mahupun Umno tidak lagi boleh membuat klaim bahawa Felda diasaskan oleh ayahnya atau pun Umno sebagai pencipta idea penubuhan agensi itu.

“Kita mesti ingat ketika idea Felda dicetuskan negara masih di bawah penjajahan Inggeris. Tun Razak ketika itu pun bukan Menteri yang menjaga hal ehwal Felda,” jelas Dr Samarudin.

Abdul Razak bertanding dalam pilihan raya pertama negara pada 1955 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Selepas pilihan raya 1959 barulah beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, tiga tahun setelah idea penubuhan Felda diilhamkan oleh Rancangan Malaya Pertama dan hampir dua tahun setelah perlaksanaan skim tanah rancangan Lembah Bilut.

Bagaimana pun beliau memainkan peranan penting dalam mengembangkan skim rancangan Felda keseluruh negara sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1976 pada usia 53 tahun.

Felda mengalami penurunan rizab tunai sebanyak RM2.37 semenjak agensi itu diletakkan di bawah pengawasan Najib dari tahun 2004 hingga 2009.

Petikan dari suara-keadilan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s