Istana Gaya Bali – Khir Toyo Didakwa – Najib Berjenaka Sebelum PRU Ke13 !

SHAH ALAM – Berita hari ini menyebut bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sesyen berkaitan  rasuah dalam pembelian sebuah banglo yang dikenali sebagai Istana Gaya Bali di Shah Alam.

Malaysiakini melaporkan:-

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

ADUN Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selepas Najib mengadakan Konvensyen BN baru-baru ini bagi menghadapi PRU Ke13, kuncu-kuncunya, SPRM dan kuda tunggangannya, Gani Patail mendakwa Khir Toyo di mahkamah, bagi mengabui mata rakyat kononnya mereka memang serius membenteras rasuah dikalangan pemimpin-pemimpin Umno/BN.  Inilah biasanya drama-drama yang akan ditayangkan kepada rakyat sebelum sesuatu pilihanraya umum diadakan.

Soalnya sekarang, mengapa SPRM mengambil masa yang begitu lama untuk menyelesaikan penyiasatan mereka.  Berdasarkan maklumat yang dikemukakan dimahkamah sesyen hari ini, penyiasatan SPRM hanya melibatkan beberapa orang sahaja.  Ataupun sememangnya mereka  sengaja melewatkannya atas arahan Najib, supaya perbicaraan ini bertembung dengan PRU ke 13 yang diura-ura akan diadakan pada awal tahun depan?

Sebelum ini pun, sudah ramai  pemimpin-pemimpin Umno/BN yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah.  Tetapi, hampir kesemua mereka akhirnya dibebaskan dari segala dakwaan rasuah keatas mereka. Satu daripada kes seperti ini adalah, yang melibatkan seorang menteri penuh Umno/BN, Kasitah Gadam, yang dituduh berasuah tetapi akhirnya Mahkamah yang dikuasai Umno/BN, membebaskannya.  Jadi, saya percaya Khir Toyo akhirnya akan dibebaskan dari segala tuduhan rasuah setelah selesainya PRU ke 13 nanti.

Kalau Najib/Rosmah benar-benar mahu rakyat melihat kerajaan ‘milik’ mereka telus dan adil, maka hendakalah dibicarakan semula kes Altantuya dan kes pembelian kapal selam yang tak boleh menyelam.  Najib/Rosmah,Umno/BN tidak akan dilhat telus dan adil sampai bila-bila sekiranya kedua-dua kes ini tidak diselesaikan secara telus dan adil dan mereka yang bersalah dikenakan hukuman yang setimpal!

Bagi perasuah besar, Khir Toyo, ini mungkin nasib yang paling malang bagi dirinya, kerana Najib memilihnya untuk dikorbankan sebelum PRU ke13.  Ini juga bermakna berakhirlah kerjaya politiknya dalam Umno.

Kini, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, sedang senyum lebar kerana secara rasminya berakhirlah era Khir Toyo, dan akan bermulalah era Noh Omar  pula untuk mengaut kekayaan bagi dirinya, sekiranya negeri Selangor kembali kepangkuan Umno/BN.

-oleh decapucino

3 thoughts on “Istana Gaya Bali – Khir Toyo Didakwa – Najib Berjenaka Sebelum PRU Ke13 !

  1. Dibawah seksyen 101 Akta Keterangan, beban bukti (beban undang-undang) dibahu Pendakwa untuk membuktikan kesnya pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu “tanpa sebarang keraguan yang munasabah”. OKT hanya akan diperintahkan masuk membela setelah Pendakwa mewujudkan kes prima facie.
    Diperingkat ini (peringkat pendakwaan), OKT diandaikan innocent (in the clear,blameless). Saya lebih suka menterjemahkan “presumption of innocence” sebagai bermaksud “andaian belum dipertanggungjawabkan atau andaian belum bersalah” berbanding “andaian tidak bersalah”.

    Diperingkat pendakwaan, Pendakwa hendaklah mengemukakan keterangannya pada takat prima facie. Beban bukti Pendakwa diperingkat ini secara spesifik disebut sebagai beban keterangan (sekysen 102 Akta Keterangan).
    Samada OKT dipanggil masuk membela atau dibebaskan (acquitted) bergantung kepada Pendakwa berjaya atau tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam kes Dato Ramli contohnya, beliau dibebaskan tanpa perlu masuk membela kerana tiadanya kes prima facie terhadapanya. Dalam kes Altantuya, dua dari tiga OKT diperintahkan masuk membela kerana adanya kes prima facie terhadap mereka. Razak Baginda bagaimanapun dibebaskan (acquitted) kerana tiada kes prima facie terhadapnya tanpa perlu beliau masuk membela.

    Selagi belum adanya kes prima facie, OKT diandaikan belum lagi bersalah atau belum dipertanggungjawabkan(presume innocent). Apakah perbezaan “andaian tidak bersalah” atau “andaian belum bersalah” atau “andaian belum dipertanggunjawabkan”, saya serahkan para pembaca yang cerdik pandai diblog ini memikirkannya?

    Bila, wujudnya kes prima facie (keterangan yang mencukupi), OKT akan dipanggil masuk membela dan diperingkat pembelaan, tidak ada lagi “andaian belum bersalah” sebaliknya sudah wujud “andaian bersalah” atau “andaian sudah dipertanggungjawabkan”. OKT bagaimanapun boleh memilih untuh berdiam diri walaupun sudah ada andaian sudah dipertanggungjawabkan terhadapnya. Hak berdiam diri ini bagaimanapun bukanlah tanpa risiko kerana sudah wujud kes prima facie.

    Pun begitu, andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan tetap suatu andaian bukannya pembuktian (beban undang-undang dibawah seksyen 101 Akta Keterangan).

    OKT tidak boleh disabitkan berdasarkan suatu andaian. Pendakwa tetap perlu membuktikan kesnya (Beban Undang-undang)pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu “tanpa sebarang keraguan yang munusabah bukan berdasarkan andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan apatahlagi andaian belum bersalah.

    OKT telah tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan, maka OKT diandaikan belum dipetanggungjawabkan selagi Pendakwa tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam mewujudkan kes prima facie terhadap OKT, Pendakwa perlu kemukakan keterangannya samada lisan ataupun berdokumen.

    Selagi tidak dipanggil masuk membela, adalah tidak wajar untuk meminta OKT memberikan apa-apa penjelasan kerana belum wujudpun kes prima facie terhadapnya, dan OKT diandaikan belum bersalah atau andaian belum dipertanggungjawabkan lagi. Maka, setakat ini, yang perlu panik atau menggelabah sepatutnya Pendakwa bukannya OKT untuk panik dan menggelabah tidak tentu pasal.

    Andai wujud kes prima facie dan OKT dipanggil untuk masuk membela, andaiannya OKT sudah dipertanggungjawabkan, dan OKT hanya perlu menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. Satu keraguan yang munasabahpun mencukupi untuk OKT dibebaskan kerana takat pembuktian Pendakwa adalah tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

    Bekas MB Dato Seri Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

    Mahkamah yang mendengar dan menentukan OKT bersalah atau tidak, bukannya Pendakwa. Menuduh memang senang, takat pembuktian bagaimanapun adalah amat tinggi. Dalam kes Dato Ramli, walaupun sebanyak 74 saksi dipanggil, Pendakwa masih gagal mewujudkan kes prima facie.

    Andaian dan pembuktian sememangnya berbeza. Apa itu andaian? Alleycats ada sebuah lagi “andainya aku pergi dulu sebelummu…..” Pergilah cari dan mainkan, mudah-mudahan kita akan memahami apa itu andaian.
    Setakat ini, kita hanya dapat mengandaikan sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang-Undang

  2. Diperingkat pendakwaan, Pendakwa masih dalam proses mengkemukakan keterangannya dan diperingkat ini sebelum Pendakwa menutup kesnya “Yang Arif, I rest my case”, OKT diandaikan belum dipertanggungjawabkan lagi (still presume innocent). OKT hanya perlu dipertanggungjawabkan untuk memberikan penjelasannya apabila Hakim memerintahkan OKT masuk membela itupun jika wujud kes prima facie terhadap OKT. Itupun,diperingkat pembelaan (defence stage), OKT berhak memilih berdiam diri.

    OKT sebaik ditangkap sememangnya mempunyai hak untuk berdiam diri. Saksi bagaimanapun tidak berhak berdiam diri dan perlu menjawab apa-apa soalan yang diajukan kepadanya.

    Dengan demikian, OKT masih boleh menerima pakai andaian bahawa dia adalah innocent iaitu belum boleh diandaikan perlu dipertanggungjawabkan terhadap pertuduhan Pendakwa keatasnya sehinggalah keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa terlebih dahulu ada asas atau mencukupi (prima facie).

    Saya ulangi,Mahkamah yang mendengar dan menentukan OKT bersalah atau tidak, bukannya Pendakwa.

    Setakat ini, masih diperingkat anadaian belum bersalah atau andaian OKT belum
    dipertanggungjawabkan terhadap pertudohan terhadapnya. Pendekata, there is no case yet against him.

    Beban bukti (beban undang-undang) tetap dibahu Pendakwa membukti pertudohan pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Bukan sebarang keraguan tetapi hendaklah keraguan yang munasabah walaupun satu saja. Jika tiada prima facie (beban keterangan)di penghujung peringkat kes pendakwaan, OKT akan mendapat perintah bebas (acquittal) tanpa perlu OKT berkata sepatah kata pun.

    Perintah bebas itu bagaimanapun adalah sekadar perintah bebas, iaitu pertudohan itu tidak dapat dibuktikan/disabitkan pada takat kebarangkalian yang diperlukan. Bukannya tiada bukti tapi bukti tidak cukup tinggi pada takat yang diperlukan, maka pertuduhan itu dikira tidak dapat dibuktikan, maka tiadalah sabitan.

    Bersalah atau tidak merupakan isu berbeza.Hakim sekadar berdasarkan keterangan sahaja. Allah saja yang maha mengetahui.

    Contohnya, bagi Sarjana Muda, grade C (50 markah) dikira lulus. Bagaimanapun, bagi Sarjanan (Master), C, C+ atau B- yang mana markahnya ialah bawah 70 markah dikira gagal kerana tidak sampai takat 70 markah. Untuk Doktor Falsafah,tesisnya memerlukan takat piawaian lebih tinggi iaitu, “asal dan tersendiri yang menyumbang secara signifikan kepada taman ilmu”. Maka untuk PhD, grade B pun tak boleh lepas kerana tak cukup baik untuk PhD.

    Kesimpulannya, untuk kes jenayah, takat pembuktiannya adalah bukan pada takat imbangan kebarangkalian ataupun besar kebarangkalian, tetapi pada takat tanpa keraguan yang munasabah.Bukannya tiada bukti, persoalannya bukti yang ada itu pada takat apa dan kebolehkepercayaan (kredibiliti dan nilai) saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan?

    Mudahnya, pertuduhan belum lagi sabit, dan lebih jelas, belum lagi wujud kes prima facie,bermakna OKT belum perlu dipertanggungjawabkan lagi untuk masuk membela kerana masih diandaikan innocent.

    Kebiasaannya, Mahkamah dipenghujung bicara, setelah mendengar kedua-dua pihak, akan mengatakan OKT bersalah atau tidak bersalah.
    Hakim sebaiknya, setakat mengatakan “keterangan terhadap OKT tidak sampai ketahap atau takat kebarangkalain yang diperlukan,maka OKT tidak dapat disabitkan dengan pertuduhan pendakwa dan dibebaskan”.

    Hakim tidak perlu menyatakan OKT bersalah atau tidak. Itu dia dengan Allah atau di sendiri mengetahuinya. Hakim sekadar mendengar dan memutuskan berdasarkan keterangan samada pertudohan sabit atau tidak bergantung kepada tahap kebarangkalian yang dikehendaki undang-undang.

    Hakim boleh kata “I hereby held that the charge against you are not proven to the required standard of proof i.e. beyond all reasonable doubt, and you are hereby acquitted of the charge.” Tak payah sebut bersalah atau tidak. Itu untuk OKT fikir sendiri.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Kulliyah Undang-undang
    subjek teras: Prosedur Jenayah, Keterangan, Comparative Penology

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s