Kemelut PKR – P. Jenapala Ejen Umno? Kes Samannya Terhadap PKR Diwakili Peguam Umno !

Bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala, telah menfailkan saman terhadap PKR bagi mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan yang diadakan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah dan terbatal.

Malaysiakini telah melaporkan :-

Saman pemula yang difailkan oleh Jenapalan semalam akan didengar oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Isnin ini oleh Hakim Datuk Aziah Ali.

Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang PKR daripada mengisytiharkan mana-mana calon yang dipilih bagi jawatan itu.

Jenapala dalam samannya yang difailkan peguam Firoz Hussein dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Jalan Duta di Kuala Lumpur. Beliau turut menyatakan bahawa dia masih layak untuk bertanding jawatan itu pada 29 Nov ini walaupun dikatakan telah dipecat daripada parti pada 2008.

Beliau selaku plaintif memfailkan saman itu terhadap tiga defendan iaitu Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam saman itu, Jenapala, 56, berkata pemilihan itu bertentangan dengan haknya sebagai anggota PKR seumur hidup, dan beliau masih boleh bertanding bagi jawatan itu.

Kenapa Jenapala menfailkan saman melalui Firoz Hussein dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.  Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, adalah pejabat peguam milik Datuk Mohd Hafarizam Harun & En Wan Azmir Wan Majid.  Datuk Mohd Hafarizam Harun, adalah penasihat undang-undang Umno.  Banyak kes-kes yang berkaitan kepentingan umno dikendalikan oleh pejabat peguam penasihat undang-undang umno ini.

Diantara kes yang dikendalikan oleh pejabat penasihat undang-undang umno adalah mewakili tiga ekor katak di DUN Perak iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).  Apabila ada ADUN atau Ahli Parlimen yang melompat parti dan berpihak kepada Umno/BN, maka yang akan mempertahankan salahlaku mereka adalah pejabat penasihat undang-undang Umno yang diketuai oleh pencacai Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Kini, P. Jenapala, yang menjadi kuda Umno, pula diwakili oleh syarikat guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.  Jadi, kini jelas, Jenapala sebenarnya adalah ejen Umno/BN yang mahu menghuru-harakan PKR.  Ini juga menunjukkan Jenapala sedang bekerjasama dengan Umno, kalau tidak, tak mungkin pejabat peguam Umno yang mahu mengendalikan kes ini. Semestinya kos guaman Jenapala di tanggung oleh Umno.  Jadi, apakah usaha Jenapala untuk menghalang pemilihan PKR sebenarnya dengan niat yang baik?  Yang peliknya, Jenapala masih mengakui dia adalah ahli PKR, tetapi, sedang mengunakan khidmat Umno untuk menentang PKR!

Sudahlah Jenapala, berhentikanlah segala lakonan kamu!  Berapakah yang dibayar oleh umno untuk melakukan kerja-kerja kotor ini?  Kalau kamu diwakili oleh peguam umno yang sememangnya tiada kredibiliti dan hanya menjadi tukang kipas pemimpin-pemimpin Umno dan menjadi kaya raya hanya dengan memfailkan kes-kes bodoh macam kes kamu ini, bagaimanakah, segala tuduhan kamu akan mempunyai kredibiliti?

Datuk Seri Najib mestilah mencari cara yang lebih baik dari ini untuk menjatuhkan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.  Cara seperti ini hanya akan menjatuhkan maruah umno dan Najib. Tapi, kalau Najib dan umno memilih untuk tidak bermaruah ( memang pun mereka kini sudah tiada maruah), kita tidak boleh buat apa-apa!

– oleh decapucino

One thought on “Kemelut PKR – P. Jenapala Ejen Umno? Kes Samannya Terhadap PKR Diwakili Peguam Umno !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s