PRK Galas & Batu Sapi – Apakah BN Boleh Menang Cemerlang Jika Najib Tidak Berkempen ?

Dalam 2 pilihanraya kecil yang baru lepas, BN telah menang di Galas dan Batu Sapi dengan majoriti yang besar.  Perbezaan pilihanraya kecil kali ini dan yang lepas adalah, pada pilihanraya kali ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak berkempen bagi calon-calon BN.

Apabila, Najib tidak turun berkempen, nampaknya kemenangan besar berpihak kepada BN.  Najib tidak dapat berkempen kerana menghidapi demam campak.  Doktor telah menasihatkan beliau supaya tidak menyertai mana-mana majlis keramaian serta harus berehat.  Ini bermakna Najib tidak dapat berkempen pada pilihanraya kecil kali ini.  Ini juga bermakna, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin, yang akan mengemudi kempen kali ini dan BN telah menang dengan majoriti besar.

Apakah ini bermakna, TPM Muhyiddin Yasin adalah lebih berwibawa dari Najib?  Mungkin Ya, mungkin tidak.  Tapi kenyataan dari 2 PRK ini ialah, memang Muhyiddin nampaknya lebih berwibawa.  Apabila Najib tidak turun, maka banyak janji-janji  seperti, ‘Saya bantu kamu, kamu bantu saya’ tidak diutarakan kepada pengundi kerana ini adalah gaya berkempen Najib. Najib sebenarnya, tidak segan-silu menawarkan rasuah secara terang-terangan kepada pengundi.  Najib dalam PRK sebelum ini banyak menjanjikan wang rasuah untuk orang-orang cina dimana ini mungkin membuatkan orang-orang bukan cina berkecil hati.

Ada ura-ura tentang pilihanraya umum ke13 akan diadakan tidak lama lagi.  Keputusan PRK kali ini memberi respons positif kepada Najib yang mahu mandat baru dari rakyat selepas beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Tun Abdullah Badawi.  Soalannya sekarang ialah, apakah BN boleh menang cemerlang seperti di 2 PRK yang baru lepas dibawah Najib?

Bukankah BN boleh mendapat keputusan yang lebih baik dibawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin?  Apakah ahli-ahli Umno dan BN akan mendesak supaya Najib mengundurkan diri?  Dan apakah juga, Pakatan akan berpeluang besar di pilihanraya umum yang akan datang sekiranya Najib terus memimpin BN dalam menghadapi Pakatan?

oleh decapucino

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s