PRK Galas & Batu Sapi – Analisis – Punca Kekalahan Pakatan Rakyat Adalah Disebabkan RASUAH Umno/BN !

Kalau kita melihat dari hari penamaan calon lagi Umno/ BN telah mula merasuah pengundi.  Suruhanjaya Pilihanraya pula dilihat senantiasa membenarkan segala salahlaku Umno/BN.  Kalau bukan kerana rasuah dan salahlaku Umno/BN serta dibantu oleh ‘baruah’ mereka SPR, kemungkinan besar keputusan akan nyata berbeza!

Kita semua boleh memberi berbagai sebab mengapa Pakatan Rakyat kalah.  Ada yang mengatakan kelemahan Pakatan Rakyat mentadbir negerinya serta banyak sebab kekalahan yang berpunca dari kelemahan Pakatan.  Kita tidak menafikannya.  Tapi, kita jangan memandang remeh soal rasuah dan salahlaku parti pemerintah.  Rasuah mempunyai kekuatannya sendiri.  Rasuah boleh melakukan ‘ajaib’.

Inilah ‘ajaib’ yang berlaku di PRK Galas dan Batu Sapi.  Rakyat menerima rasuah kerana keadaan mereka yang daif.  Mereka merasa bersalah kalau tidak mengundi parti yang memberi rasuah kepada mereka.  Di Batu Sapi sendiri dikatakan bank-bank telah kehabisan duit kerana berjuta-juta wang dikeluarkan disitu.  Ini bukti berjuta-juta wang rasuah sudah pun diedarkan di Batu Sapi.

Adalah tidak lojik, apabila rakyat mahu memilih suatu parti yang berasuah dan salahguna wang rakyat seperti Umno/BN.  Adalah juga tidak lojik,  apabila rakyat tidak mahu memilih parti yang mahu menghapuskan rasuah dan mengembalikan wang dan hak mereka kembali kepada mereka seperti Pakatan Rakyat.

Kita sekali lagi memaparkan dibawah ini, laporan mengenai salahlaku dan rasuah yang ditaburkan di PRK Galas dan Batu Sapi dimana rasuah-rasuah ini serta banyak lagi yang punca Pakatan kalah.

1Kurang 24 jam dari hari pengundian pilihan raya kecil batu Sapi yang bermula pukul 8.00 pagi esok, Umno-Barisan Nasional bertungkus lumus dengan memberi rasuah dalam pelbagai bentuk untuk meredakan gelombang rakyat yang dijangka menggunakan hak mereka yang di jamin di bawah Perlembagaan untuk menolak parti itu di peti undi.

Suara Keadilan serta petugas Pakatan Rakyat telah memperolehi bukti dalam bentuk gambar dan video perbuatan Umno-BN yang menabur segala macam insentif dan gula-gula politik membeli undi di Batu Sapi.

Tinjauan di kawasan perumahan rakyat MPS di Karamunting semalam mendedahkan bagaimana bilik gerakan BN di kawasan tersebut secara terang-terangan mengagihkan lebih 30,000 keping zink yang berharga kira-kira RM18 sekeping kepada penduduk di situ.

Ketika ditanya salah seorang penerima ‘bantuan’ BN memberitahu setiap penerima mesti menunjukkan bukti slip daftar mengundi yang dikeluarkan oleh bilik gerakan.

Setiap pengundi mendapat 10 keping zink namun penduduk yang tidak berpeluang menikmati ‘imbuhan’ BN melahirkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sikap diskriminasi terhadap mereka.DSC_0734

Di sebuah hotel terkemuka di sini Suara Keadilan mendapat maklumat BN menghulurkan RM1,000 kepada berpuluh-puluh pengundi yang pergi ke hotel tersebut untuk menerima wang tunai sebagai imbuhan unuk memberi undi mereka kepada BN.

Dua hari lalu Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor, Dr Daroyah Mohd Alwi membongkar tindakan BN yang mengepilkan wang tunai sebanyak RM30 pada setiap slip daftar mengundi di Kampung Segaliud.

IMG_3085Salah satu slip tersebut telah ditunjukkan oleh salah seorang pengundi Batu Sapi kepada Dr Daroyah.”Beliau pergi ke bilik gerakan BN untuk menyemak daftar mengundi dan kemudian diberi slip yang telah dikepilkan wang. Jadi ini jelas BN memang memberi rasuah kepada pengundi,” kata beliau.

 

 

2 –

BATU SAPI 31 OKT: Politik wang dikhuatiri  menular di pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila sekumpulan ahli Wanita Umno dirakam memberikan wang tunai kepada  orang ramai yang menghadiri  majlis makan anjuran pergerakan itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa  RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.

Malaysiakini bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.

Video  berkenaan  dirakamkan oleh Malaysiakini pada  Majlis Ramah Mesra Wanita Umno  di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar,  Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.

Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.

Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang  daripada Umno.

Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan  Parlimen Batu Sapi.

“Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran,” kata seorang penerima wang berkenaan.

Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir  pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,

ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid,  pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN

3 – Galas – Kertas Undi Tanpa Lambang  parti bertandingharakahdaily

GUA MUSANG, 4 Nov: Agak mengejutkan proses pembuangan undi di Dun Galas hari ini dikejutkan apabila ada kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru.  Perkara itu didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti.

“Ketika membuang undi, saya mendapati kertas undi yang diberikan kepada saya tidak mempunyai simbol parti politik yang bertanding.  “Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja,” katanya ketika ditemui di sini.  Ekoran insiden tersebut beliau segera menghubungi jentera pilihan raya PAS memaklumkan perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.  Seorang peguam, Hisyam Fauzi berkata, perkara  ianya masih berada pada peringkat siasatan dan laporan kepada urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat bagi mengelakkan masalah itu tidak berulang di pusat pengundian lain.  “Setakat ini tiada sebarang jaminan yang diberikan oleh pihak SPR,” katanya.

4 – Galas – 300 pengundi beratur dibilik gerakan BN untuk ambil wang rasuahharakahdaily
Lebih 300 orang pengundi luar kini sedang berkumpul di Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati sedang mendaftar nama untuk mengambil wang pulang mengundi. Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Beberapa orang yang ditemui mengesahkan menerima RM250 seorang.
Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

5 – Galas – SPR benarkan baju T berlogo 1 Malaysia masuk pusat pengundianmalaysiakini
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

“Boleh, OK, kita hanya haramkan logo parti politik, kamu nak tulis 2Malaysia juga boleh,” kata Wan Ahmad kepada Malaysiakini ketika melawat SRJK(C) Gua Musang.

Beliau mengulas desas desus bahawa sesiapa yang memakai kemeja-t sewaktu mengundi akan mendapat RM100 sebagai “ganjaran”.

 

6 – Batu Sapi – Pengundi wanita muda, tapi, mengikut kad Pengenalan ia berumur 72 tahun ! -FreeMalaysiaToday

Seorang wanita muda yang mengundi di PRK Batu Sapi, berumur disekitar 30an telah membawa kad pengenalan seorang nenek berumur 72 tahun untuk mengundi.   Begitulah apa yang tercatat di Kad pengenalan tersebut.

Parti pembangkang yang telah mengenal pasti perkara itu, telah pun membuat laporan kepada SPR, dimana, ketua pusat pengundian di pusat membuang undi di sekolah rendah Karamunting, telah membenarkan wanita tersebut untuk mengundi.  Ada kemungkinan besar wanita itu adalah seorang pengundi hantu.

7

8
9
– oleh saronglama

3 thoughts on “PRK Galas & Batu Sapi – Analisis – Punca Kekalahan Pakatan Rakyat Adalah Disebabkan RASUAH Umno/BN !

  1. Fitnah fitnah fitnah
    jangan ashik menghisab orang lain
    lebih baik cermin diri sendiri
    agar kenal erti Taubat

  2. Apa yang dipaparkan diatas tentang rasuah Umno/BN adalah benar. Laporan2 diatas adalah dari web2 yang berwibawa. Memang pedih bagi penyokong BN untuk menerima hakikat parti mereka menang di 2 PRK melalui rasuah. Seluruh rakyat tahu Umno adalah parti rasuah bukan sahaja dalam pilihanraya tetapi dimana-mana sahaja. Apabila bukti menimbun tentang rasuah umno, adalah sukar utk kita menafikannya. Kalau anda tidak mahu parti anda disebut parti rasuah, senang sahaja, masuk Pakatan Rakyat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s