PRK Galas & Batu Sapi – Rasuah, Penyelewengan, Salahlaku Umno/BN Dan SPR Pada Hari Pilhanraya

Galas – Kertas Undi Tanpa Lambang  parti bertandingharakahdaily

GUA MUSANG, 4 Nov: Agak mengejutkan proses pembuangan undi di Dun Galas hari ini dikejutkan apabila ada kertas undi tanpa logo parti dikenalpasti di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Kampung Baru.  Perkara itu didedahkan isteri calon PAS, Zainab Jalar apabila kertas undinya tidak tercetak lambang parti.

“Ketika membuang undi, saya mendapati kertas undi yang diberikan kepada saya tidak mempunyai simbol parti politik yang bertanding.  “Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja,” katanya ketika ditemui di sini.  Ekoran insiden tersebut beliau segera menghubungi jentera pilihan raya PAS memaklumkan perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.  Seorang peguam, Hisyam Fauzi berkata, perkara  ianya masih berada pada peringkat siasatan dan laporan kepada urusetia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibuat bagi mengelakkan masalah itu tidak berulang di pusat pengundian lain.  “Setakat ini tiada sebarang jaminan yang diberikan oleh pihak SPR,” katanya.

Galas – 300 pengundi beratur dibilik gerakan BN untuk ambil wang rasuahharakahdaily
Lebih 300 orang pengundi luar kini sedang berkumpul di Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati sedang mendaftar nama untuk mengambil wang pulang mengundi. Mereka kelihatan mendaftarkan diri di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Beberapa orang yang ditemui mengesahkan menerima RM250 seorang.
Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Galas – SPR benarkan baju T berlogo 1 Malaysia masuk pusat pengundianmalaysiakini
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilih dibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

“Boleh, OK, kita hanya haramkan logo parti politik, kamu nak tulis 2Malaysia juga boleh,” kata Wan Ahmad kepada Malaysiakini ketika melawat SRJK(C) Gua Musang.

Beliau mengulas desas desus bahawa sesiapa yang memakai kemeja-t sewaktu mengundi akan mendapat RM100 sebagai “ganjaran”.

Batu Sapi – Pengundi wanita muda, tapi, mengikut kad Pengenalan ia berumur 72 tahun ! -FreeMalaysiaToday

Seorang wanita muda yang mengundi di PRK Batu Sapi, berumur disekitar 30an telah membawa kad pengenalan seorang nenek berumur 72 tahun untuk mengundi.   Begitulah apa yang tercatat di Kad pengenalan tersebut.

Parti pembangkang yang telah mengenal pasti perkara itu, telah pun membuat laporan kepada SPR, dimana, ketua pusat pengundian di pusat membuang undi di sekolah rendah Karamunting, telah membenarkan wanita tersebut untuk mengundi.  Ada kemungkinan besar wanita itu adalah seorang pengundi hantu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s