PRK Batu Sapi – Zakat Nik Aziz & Rasuah Secara Berleluasa Ditabur Umno/BN !

BATU SAPI – Apabila Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengislamkan tiga orang, orang asli dan menyerahkan zakat kepada mereka, Umno/BN, SPR dan Perkasa menuduh Tuan Guru telah menyogok pengundi di PRK Galas!

NGO Haram ja..h, Perkasa disebut telah membuat laporan polis terhadap perbuatan Tuan Guru Nik Aziz itu.  Perkasa sebelum ini telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam PRK Galas.  Tapi, Kenapakah simunafik Perkasa membuat laporan Polis sekiranya tidak mahu terlibat dalam PRK Galas?

Kuda tunggangan Umno/BN, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad  Wan Omar berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Kita hendak SPR, Umno/BN dan Perkasa menjawab tentang rasuah yang ditabur secara berleluasa di Batu Sapi seperti laporan dibawah, apakah ia rasuah atau tidak !

Dari Suara Keadilan.com:-

SANDAKAN 3 Nov – Kurang 24 jam dari hari pengundian pilihan raya kecil batu Sapi yang bermula pukul 8.00 pagi esok, Umno-Barisan Nasional bertungkus lumus dengan memberi rasuah dalam pelbagai bentuk untuk meredakan gelombang rakyat yang dijangka menggunakan hak mereka yang di jamin di bawah Perlembagaan untuk menolak parti itu di peti undi.

Suara Keadilan serta petugas Pakatan Rakyat telah memperolehi bukti dalam bentuk gambar dan video perbuatan Umno-BN yang menabur segala macam insentif dan gula-gula politik membeli undi di Batu Sapi.

Tinjauan di kawasan perumahan rakyat MPS di Karamunting semalam mendedahkan bagaimana bilik gerakan BN di kawasan tersebut secara terang-terangan mengagihkan lebih 30,000 keping zink yang berharga kira-kira RM18 sekeping kepada penduduk di situ.

Ketika ditanya salah seorang penerima ‘bantuan’ BN memberitahu setiap penerima mesti menunjukkan bukti slip daftar mengundi yang dikeluarkan oleh bilik gerakan.

Setiap pengundi mendapat 10 keping zink namun penduduk yang tidak berpeluang menikmati ‘imbuhan’ BN melahirkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sikap diskriminasi terhadap mereka.DSC_0734

Di sebuah hotel terkemuka di sini Suara Keadilan mendapat maklumat BN menghulurkan RM1,000 kepada berpuluh-puluh pengundi yang pergi ke hotel tersebut untuk menerima wang tunai sebagai imbuhan unuk memberi undi mereka kepada BN.

Dua hari lalu Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor, Dr Daroyah Mohd Alwi membongkar tindakan BN yang mengepilkan wang tunai sebanyak RM30 pada setiap slip daftar mengundi di Kampung Segaliud.

IMG_3085Salah satu slip tersebut telah ditunjukkan oleh salah seorang pengundi Batu Sapi kepada Dr Daroyah.”Beliau pergi ke bilik gerakan BN untuk menyemak daftar mengundi dan kemudian diberi slip yang telah dikepilkan wang. Jadi ini jelas BN memang memberi rasuah kepada pengundi,” kata beliau.

 

-oleh saronglama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s