PRK Batu Sapi – SPR Jadi ‘Keldai’ Tunggangan Umno/BN – Nafi Wanita Umno Rasuah Rm20 !

BATU SAPI – Seperti biasa, segala tuduhan rasuah terhadap Umno/BN akan dipertahankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Malaysiakini melaporkan, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, telah mempertahankan rasuah rm20 yang disogok kepada pengundi oleh Wanita Umno.

Malaysiakini telah melaporkan:-

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

SPR masih lagi menafikan wanita Umno telah memberi rasuah kepada pengundi Batu Sapi, walaupun perbuatan terkutuk mereka sudah pun dirakamkan melalui video. Kalau perbuatan seperti ini tidak dikira rasuah pilihanraya, pemberian seperti mana agaknya dikira sebagai rasuah?

Kuda Umno/BN, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, mempertahankan perbuatan wanita Umno, beralasan, ia tidak dapat dibuktikan.  Pada hal, perbuatan tidak bemoral dan jijik ini belum pun disiasat oleh SPR.  Kita tidak tahu berapa banyak lagi insiden rasuah dan sogokkan kepada pengundi yang sudah diketahui oleh  Tan Sri Abdul Aziz dan SPR, tetapi tidak didedahkan serta ditutup oleh SPR.

Setiap kali pilihanraya kecil, SPR akan membuat banyak peraturan untuk menyekat pembangkang.  Pilihanraya Kecil selalu diadakan pada hari bekerja kerana SPR fikir Umno/BN akan mempunyai kelebihan.  Di PRK Galas, SPR mengumumkan, parti-parti gabungan Pakatan Rakyat tidak boleh mengibarkan bendera parti masing-masing, tetapi membenarkan parti-parti komponen BN mengibarkan bendera parti-parti mereka.

Sampai bilakah SPR akan bertindak dengan selalu berpihak kepada tuan mereka, Barisan Nasional. Kalau beginilah cara SPR bertindak, apakah Pakatan Rakyat mempunyai peluang ke Putrajaya pada PRU ke13?

Video bukti rasuah wanita Umno mengedar rm20 kepada pengundi

Sementara itu Di PRK Galas, SPR tetap memainkan peranannya sebagai ‘budak suruhan’ Umno/ BN.  Harakahdaily melaporkan:-

KUALA LUMPUR, 3 Nov: “PAS ingin ingatkan beberapa pegawai SPR jangan halang kebangkitan rakyat, bebaskan diri SPR daripada menjadi abdi kepada Umno BN,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, tegasnya PAS memandang berat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas menjadi papet Umno apabila 18,493 orang hilang layak undi awam dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Beliau berkata, lebih mencurigakan jumlah tiga negeri paling ramai pengundi  ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).

Kastanya, dua negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN.

Baginya, tindakan itu jelas SPR mahu melaksanakan cita-cita Datuk Seri Najib Razak yang akan mempertahankan kerajaan Umno walaupun dengan apa cara sekalipun.

Ini, katanya seperti ucapan Najib di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang menyebut “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”.

Justeru, ujarnya SPR perlu menjadi bapa dan pemudah cara untuk melicin proses demokrasi dan jangan menjadi pengadil yang berat sebelah dan memayahkan rakyat dan parti-parti politik yang bertanding.

SPR, tambahnya jangan membantu untuk ubah tiang gol setiap kali pasukan BN hendak kalah.

“Bertugaslah  secara profesional, kerana kerajaan BN boleh bertukar bila-bila masa kepada PR, insya Allah,” katanya lagi.

oleh saronglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s