Rosmah Menjadi Pemangku Perdana Menteri, Apa Jadi Pada Muhyiddin ?

harakahdaily melaporkan :-

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

“Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM,” kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu. baca seterusnya

Sebelum ini, Rosmah menggilai status wanita pertama Malaysia.  Berjuta rm rakyat Malaysia dihabiskan untuk menganjurkan Persidangan Wanita Pertama.  Kini tidak segan silu untuk mengantikkan Perdana Menteri semasa ketiadaannya.

Sepatutnya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yasin yang sepatutnya memangku jawatan Perdana Menteri semasa ketiadaan PM, bukan Rosmah.  Rosmah tidak mempunyai sebarang kedudukan yang sah untuk bebuat demikian.

Trend baru Rosmah ini amat mengerunkan!  Ini, seolah-olah Malaysia diperintah oleh seorang diktator, dimana, bagi seorang diktator, seluruh negara dan rakyat adalah milik keluarga yang memerintah.

Mengapakah seluruh pemimpin Umno mendiamkan diri?  Mengapakah Muhyiddin senyap seribu bahasa apabila Rosmah mengambil alih tugas beliau?  Kebetulan, pada masa ini dua pemimpin utama negara besar berada di Malaysia, iaitu, setiausaha negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Rodham Clinton dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.

Apakah Rosmah akan berurusan dengan mereka dalam hal-hal rasmi negara?  Apakah sindrom yang dialami  Rosmah sebenarnya?  Apakah benar, Rosmah adalah suami kepada Najib?

-oleh saronglama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s