PRK Galas & Batu Sapi – Najib Demam Campak, Pengundi Tak Dapat Tawaran Rasuah ‘Saya bantu anda, anda bantu saya’ !

KUALA LUMPUR – Media telah melaporkan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang demam campak.  Beliau baru kembali dari Persidangan Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

Malaysiakini melaporkan :-

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najid juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

“Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik,” katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

Najib dijadualkan berkempen di Galas dan Batu Sapi sekembalinya dari luar negara.  Mengikut arahan doktor, dimana, beliau dinasihatkan mengelak menghadiri mana-mana majlis buat masa ini, Najib mungkin tidak dapat berkempen di Galas atau Batu Sapi sebelum pilihanraya di kedua-dua kawasan selesai..

Semasa PRK Di Hulu Selangor dan Sibu, Najib telah membuat beberapa tawaran yang berbaur rasuah kepada pengundi pada penghujung kempen.  Ucapan beliau di Sibu, “Saya nak buat satu perjanjian dengan anda. Bolehkah kita capai persefahaman atau tidak?”  “Persefahaman ini sangat mudah. Saya bantu anda, anda bantu saya, Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen Ahad ini (esok), saya akan minta agar cek disediakan pada hari Isnin”

Di PRK Hulu Selangor kita tidak lupa pada rasuah yang ditawarkan kepada pengundi cina dimana Najib telah mengumumkan, “Jika BN menang, esoknya datang cari saya dan dapatkan cek RM 3 juta untuk sekolah cina anda”  Inilah satu-satunya PM Malaysia yang berani menawar rasuah secara terang-terangan.

Tapi, kali ini, nampaknya,  pengundi DUN Galas dan Batu Sapi mungkin terlepas peluang menikmati tawaran seperti itu, berdasarkan kesihatan beliau.  Mungkin, Yang Maha Berkuasa pun tidak merestui perbuatan Najib itu.  Namun, kita semua mendoakan, Najib cepat sembuh.

-oleh decapucino

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s