PRK Batu Sapi – Rasuah BN – Shahrizat Jalil Temberang RM20 Untuk Petugas, Penerima Mengaku Mereka adalah Pengundi !

BATU SAPI 31 OKT: Politik wang dikhuatiri  menular di pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi apabila sekumpulan ahli Wanita Umno dirakam memberikan wang tunai kepada  orang ramai yang menghadiri  majlis makan anjuran pergerakan itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil mendakwa  RM20.00 itu diberikan kepada pekerja parti dan bukan pengundi.

Malaysiakini bagaimanapun melaporkan antara yang hadir adalah penduduk tempatan yang mengaku mereka hadir hanya untuk mendapatkan wang.

Video (klik disini untuk video) berkenaan  dirakamkan oleh Malaysiakini pada  Majlis Ramah Mesra Wanita Umno  di Sekolah Menengah Agama Sandakan di Taman Mawar,  Batu Sapi. Hadirin perlu mendaftar diri dengan memberikan butiran peribadi untuk menerima wang tunai.

Walaupun majlis makan ini dianjurkan khusus untuk ahli pergerakan Wanita Umno, video ini jelas menunjukkan kehadiran lelaki dan wanita Cina.

Mereka yang ditemui oleh Malaysiakini terus terang mengaku, kehadiran mereka pada majlis berkenaan adalah untuk mengambil wang  daripada Umno.

Seorang pengundi berkata wang itu diberikan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan kad pengenalan untuk mengesahkan diri sebagai pengundi kawasan  Parlimen Batu Sapi.

“Saya tidak tahu…Saya fikir ia mesti untuk pendaftaran,” kata seorang penerima wang berkenaan.

Sharizat mendakwa beliau tidak tahu menahu amalan mendaftar mereka yang hadir  pada majlis makan itu. Namun beliau berkata kaunter pendaftaran itu cuma untuk merakamkan kehadiran jemputan ke majlis itu,

ADUN Karambunai Jainab Ahmad Ayid,  pula mendakwa bahawa wang RM20 itu adalah sebagai tambang pekerja yang berkempen untuk BN.

-dari TVS NEWS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s