PRK Batu Sapi – Tanda-tanda BN akan kecundang & rasuah BN Rm30 !

Sandakan – Selepas empat hari berkempen, berdasarkan laporan-laporan online yang kita terima, nampaknya sudah ada tanda-tanda bahawa pengundi di Parlimen Batu Sapi akan membuat kejutan.

Laporan menyebutkan pemimpin-pemimpin BN sudah mula resah dan Presiden LDP, dari sebuah parti komponen BN Sabah,  Datuk V.K. Liew,  sudah pun membuat rayuan kepada lebih 9,000 pengundi supaya memberi undi mereka kepada calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin dari Parti Bersatu Sabah (PBS).  Ini berdasarkan majoriti pengundi di P185, Batu Sapi adalah kaum bumiputera.  BN mula melihat sokongan dari kaum bumiputera mula terhakis, maka mereka kini mengharapkan undi dari kaum Cina.

Undi kaum Cina pula dilaporkan akan berpihak kepada calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee.  Malaysia Insider melaporkan, sementara calon SAPP akan menerima undi-undi dari kaum cina, calon PKR, Ansari Abdullah pula akan memecahkan undi kaum bumiputera, dimana, inilah masaalah besar yang dikhuatiri pemimpin-pemimpin BN.

Personaliti calon BN, juga dikatakan menjadi punca kemerosotan pengaruh BN.  Datin Linda dikatakan tidak fasih bahasa malaysia.  Bagaimanakah beliau hendak berkomunikasi dengan majoriti penduduk dari kaum bumiputera?  Beliau juga dikatakan tiada pengalaman dalam perhubungan dengan orang ramai.  Sebelum ini, Datin Linda hanyalah seorang suri rumah serta seorang guru piano dan tidak aktif  dalam kerja-kerja suami beliau sebagai seorang ahli parlimen.

PKR telah membidas BN kerana mengemukakan Datin Linda Tsen sebagai calon pada pilihan raya di Batu Sapi ketika beliau masih lagi berkabung atas kematian suaminya, Datuk Edmund Chung, bekas ahli parlimen Batu Sapi.  “Seorang balu perlu memikirkan tentang anaknya yang perlu menerima kematian seorang ayah yang mati secara mengejut, anak-anak yang masih dalam trauma, beliau yang masih dalam trauma, perlu berhadapan dengan pilihan raya yang begitu sengit, “ kata pengarah pilihan raya PKR, Fuziah.

Sambil menyifatkan tindakan BN itu sebagai tidak adil, Fuziah berkata ia juga membuktikan mereka tidak sensitif terhadap keperluan seorang balu dan seorang wanita.

Mendiang Datuk Edmund Chong, bekas ahli parlimen P185 Batu Sapi, dikatakan bukanlah seorang yang benar-benar popular.  Pengundi cina dilaporkan berkata, beliau hanya boleh ditemui dihujung minggu dan rekod perkhidmatan beliau adalah buruk.

Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, peluang PKR mula nampak cerah.  Beliau menyebut sokongan kepada calon PKR sudah bertamabah ke 40%.  Ansari Abdullah memang mempunyai peluang sekiranya sebahagian besar dari pengundi bumiputera boleh mengundi beliau.

Keadaan pembangunan di Batu Sapi berada dalam keadaan yang sangat daif.  Sebahagian besar penduduk mereka dikatakan, pendapatan harian mereka hanya diantara rm15 hingga rm30.  Kebanyakkan mereka adalah nelayan.  Seluruh infrastruktur yang dibina untuk golongan nelayan dikatakan terlalu uzur dan bahaya digunakan.

Hari ini juga dilaporkan, calon PKR, Ansari Abdullah telah sekali lagi jatuh kedalam laut apabila jambatan yang dilalui rombongan PKR itu roboh.  Sebelum ini, Ansari pernah jatuh kedalam laut akibat jeti yang usang semasa berkempen.  Saya rasa, dua peristiwa ini cukup untuk mengambarkan tentang pembangunan yang telah dilakukan oleh BN dibawah mendiang Edmund Chong dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Ada juga laporan yang mengatakan BN sudah mula merasuah pengundi-pengundi dengan hanya rm30.  Sasaran mereka adalah pengundi-pengundi yang daif yang terdiri daripada pengundi kaum bumiputera.  Kita harap pengundi-pengundi ini tidak akan menjual kebebasan dan hak mereka hanya dengan  rm30.

Pengundi Batu Sapi mesti memikirkan masa depan mereka dan berani menukar kerajaan.  Apakah Batu Sapi akan menjadi obor kebangkitan pembangkang di negeri Sabah dan masa depan yang lebih baik bagi penduduk Sabah dibawah Gabungan Pakatan?  Masa akan menentukan!

-oleh decapucino

Advertisements

One thought on “PRK Batu Sapi – Tanda-tanda BN akan kecundang & rasuah BN Rm30 !

  1. umno/bn sudah biasa tabiat rasuah ini,apa pun perkara umno/bn memang tak lari dari rasuah. wahai saudara/saudari sekalian,ada pemimpin umno/bn guna kereta kelisa/ kancil.semua nya guna kereta mewah.ada juga pemi,pin umno sabah tak sampai darjah enam tapi dapat timbalan menteri..,……………. apa sudah jadi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s