PRK Batu Sapi – Penyokong Bumiputra Pulau Majlis Isytihar Calon PBS, BN Akan Kecundang ?

Ansari Abdullah - calon PKR di Batu Sapi

SANDAKAN –  Menurut laporan Malaysiakini, penyokong-penyokong BN dari golongan bumiputera telah beramai-ramai meninggalkan majlis perisytiharaan calon, apabila  Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, mengumumkan bahawa balu bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin adalah calon BN!

Laporan Malaysiakini adalah seperti berikut:-

BN perlu mengenal-pasti mengapa sekumpulan penyokongnya memulaukan majlis parti itu ketika calon mereka – Datin Linda Tsen Thau Lin dikemukakan bagi bertanding di kerusi parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebarang rungutan akar umbi perlu ditangani tetapi pada masa yang sama cuba tidak memperbesarkan tindakan sekumpulan penyokong bumiputera yang meninggalkan majlis berkenaan.

Pemulauan besar-besaran itu dilakukan ketika pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tsen sebagai calon.

Sebelum kejadian itu, kira-kira 50 penyokong bumiputera melancarkan protes di tempat meletak kereta di sebuah hotel, pengumuman itu dibuat. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang, mereka mendesak, calon bumiputera diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan.

Ternyata golongan bumiputra yang menjadi majoriti pengundi di Parlimen Batu Sapi, tidak berpuas hati dengan calon PBS yang dipilih oleh BN untuk bertanding disitu.  Keadaan ini berkemungkinan besar memberi impek yang besar dalam pilihanraya ini terutama kepada calon BN.

Kerusi parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos – dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus).

Pengundi-pengundi bumiputra mahukan seorang calon bumiputra yang menjadi calon BN di PRK Batu Sapi.  Ini bermakna, pengundi bumiputra yang menjadi majoriti pengundi disitu akan membuat undi protes!  Ini juga menunjukkan bahawa besar kemungkinan, pengundian akan berlaku mengikut kaum calon-calon yang bertanding.

Hanya calon PKR yang berketurunan bumiputera di prk Batu Sapi setakat ini.  Apakah, Ansari Abdullah, calon PKR, akan menerima undi-undi protes ini.  Namun, menurut SPR, setakat ini lebih 26 borang pencalonan sudah pun dijual bagi prk Batu Sapi.  Jadi, ada kemungkinan beberapa calon bebas dari golongan bumiputera juga akan bertanding dipilihanraya ini.  Mungkin juga mereka yang tidak berpuas hati dari BN akan  meletakkan calon bebas mereka sendiri.

Di parlimen Batu Sapi, sebenarnya, kita tidak tahu setakat mana berpengaruhnya bekas calon PBS, mendiang Datuk Edmund Chong.  Ini adalah kerana, beliau memenangi kerusi ini tanpa bertanding di PRU ke 11 pada tahun 2004.  Dan pada PRU ke 12 pada tahun 2008, beliau hanya bertanding dengan calon bebas kerana calon PKR tidak dapat hadir semasa penamaan calon kerana ditahan polis.  Jadi, pengaruh BN di parlimen Batu Sapi belum diuji lagi.

Dan peliknya, keadaan dimana Datuk Edmund, pada dua kali pilihanraya umum, tidak ditentang oleh calon yang kuat dari pembangkang, kita tidak tahu adakah itu secara kebetulan atau sudah di……….?

Tetapi, melihat kepada kedudukan sekarang, parti-parti pembangkang tak mungkin dapat memanfaatkan keadaan ini.  Ini disebabkan, SAPP dan PKR akan meletakkan calon masing-masing.  Undi kepada pembangkang tetap akan berpecah.  Adalah baik sekiranya parti-parti pembangkang dapat memutuskan untuk meletakkan hanya seorang calon supaya pertandingan satu lawan satu dengan BN dapat diadakan.

Memandangkan kaum bumiputera yang tidak berpuas hati, sepatutnya, seorang calon bumiputera dari pembangkang yang harus di calonkan.  Ini bermakna calon SAPP harus menarik diri dan memberi jalan kepada calon PKR, seorang bumiputera dan ini akan memberi kelebihan kepada pembangkang.

Pembangkang mestilah bijak berpolitik dan tidak seharusnya mengikut nafsu, untuk hanya bertanding semata-mata.  Perkiraan politik dan strateji untuk mengalahkan BN di PRK Batu Sapi harus menjadi keutamaan pembangkang.

Dengan kemungkinan majoriti pengundi cina memberi undi mereka kepada pembangkang dan undi protes dari pengundi bumiputera, seharusnya, memberi kemenangan kepada pembangkang.  Itu pun, sekiranya pembangkang dapat bermain politik dengan berfikiran bernas!

oleh saronglama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s