Bajet 2011 – RM500 Untuk Kakitangan Perkhidmatan Awam, UMNO/BN tidak prihatin!

KUALA LUMPUR – Dalam Bajet 2011 yang dibentangkan Tun Najib, Jabatan Perdana Menteri telah diberi peruntukan sebanyak RM15 billion dan Rosmah , isteri Najib, telah  menerima peruntukan sebanyak RM111 juta untuk  PERMATA.

Namun, kakitangan Perkhidmatan Awam hanya menerima bantuan RM500 dan bukan bonus sebulan gaji seperti tahun-tahun yang lepas.  Alasannya ialah, kerajaan perlu berjimat cermat untuk mengurangkan defisit perbelanjaan.

Berbagai pembaziran wang rakyat telah diumumkan Najib sewaktu pembentangan Bajet 2011.  Dianataranya ialah peruntukkan RM 5 billion untuk pembinaan bangunan pencakar langit, Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat yang mengatasi ketinggian KLCC, di Kuala Lumpur.  Apakah rakyat Malaysia memerlukan bangunan seperti ini?  Apakah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat dari pembinaan tersebut?  Hanya ego Najib sahaja yang akan bermanfaat dari pembinaan ini, apabila beliau akan dikenang sebagai PM yang telah membina menara tertinggi di Malaysia seperti mana Mahathir dikenang kerana membina KLCC!

Baru-baru ini, Rosmah telah membazirkan berjuta-juta ringgit wang rakyat apabila menganjurkan Persidangan Wanita Pertama di Putrajaya.  Kegilaan Rosmah pada gelaran wanita pertama Malaysia mengakibatkan wang rakyat dibazirkan begitu sahaja.  Kalau Najib membazirkan wang rakyat untuk membina bangunan Warisan Merdeka demi egonya, Rosmah juga membazir kerana egonya hendak menjadi wanita pertama walaupun perlembagaan Malaysia menyebut DYMM Permaisuri agunglah sebenarnya wanita pertama Malaysia!

Umno/BN, Najib dan Rosmah membazirkan wang rakyat dengan rakusnya, namun dalam pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan, mereka kononnya, hendak berjimat cermat!  Pegawai dan kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah dan sederhana memerlukan bonus diantara RM1000 hingga RM1500 untuk menyediakan segala keperluan untuk anak-anak mereka yang akan bersekolah pada awal tahun depan.  Dengan hanya RM500 apakah yang dapat disediakan bagi keperluan pelajaran anak-anak mereka terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai.

Ini menunjukan Kerajaan Umno/BN langsung tidak prihatin terhadap keperluan kakitangan kerajaan dalam keadaan harga barang-barang serta keperluan sekolah anak-anak kita yang semakin melambung dari hari kehari.  Mungkin Najib dan Rosmah tidak dapat merasai keperitan hidup yang dilalui oleh kakitangan kerajaan serta rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah kerana mereka hidup dalam mahligai di Putrajaya!

Seluruh Kakitangan Kerajaan  mestilah  mengambil iktibar dari kezaliman Umno/BN ini dan memastikan pada PRU yang ke13 nanti, mengantikan kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat yang lebih prihatan terhadap seluruh rakyat Malaysia!

-oleh decapucino

sila klik disini –Anwar Jamin Pakatan Rakyat Tetap Beri Bonus Kepada Kakitangan Kerajaan.

3 thoughts on “Bajet 2011 – RM500 Untuk Kakitangan Perkhidmatan Awam, UMNO/BN tidak prihatin!

  1. Apa guna memyalak dalam ruangan ini. PM mempunyai kuasa menentukan apa sahaja belanja yang dia suka. Apa anda boleh buat. Tak lama lagi PR13 dah dekat. Ucapkan teria kasih kepada Najib pada PR13 nanti.

  2. Najib must help the civil servants. Now, in Malaysia the majority of the rakyat desperately needs help including the civil servants. If you can give Rosmah rm 111 million, why can’t you give the civil servants at least a month bonus? Don’t you have a heart to feel how miserable the majoriti of the rakyat is going through in their daily lives??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s